Future

Future

Monday, 28 April 2014

Mahabbah IKIM FM di Angsana Johor Bahru Mall


Assalamualaikum .....heeeee updated my latest events....


Bersama Akhi Muzhafar ( baju warna Merah ) bersama anak buah usrahnya daripada SMK Agama Johor Bahru .


Mendapat kunjungan daripada Fauzi Nawawi ..sempat bergambar ......ana sebelah dia je ue ..hheee

Tuesday, 22 April 2014

Booth Aman Palestin di UTM Skudai


Bismillah.......

Alhamdulillah pada minggu lepas kami telah membuka booth di UTM , Skudai dalam program Simposium Muhamaadku

dan kutipan keseluruhan rm1000+++ untuk satu hari ..

Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk Palestin dan Syira






Turun memeriahkan booth Imam Muda Nazrul dan Pencetus Ummah Shahul


Jualan Buku


Nantikan kami di Mahabbah IKIM pada 25 - 27 / 2014 di ANGSANA JOHOR BAHRU MALL

Wednesday, 16 April 2014

Kenangan bersama Classmates d' PALAM

Foundation Studies In Sciences
UiTM Puncak Alam 13/14

Sebuah kenangan tidak dapat dilupakan .Setiap pertemuan pasti ada perpisahan .Namun ana mengharap agar perpisahan ini mendapat reda Allah .Semoga kita dapat berjumpa kembali di dalam Syurga .









Muhamad Hasrulnizam Bin Mohammad

Dulu budak ni di MRSM as budak BADAR .Dia ni banak karenah ye .Jenis seorang yang kadang-kadang menggelebah jugak la .haha .banyak kenangan dengan budak seorang ini .Ingat lagi dulu , waktu minta tolong dia dengan Din untuk hantar ana ke Pelabuhan Klang sebab waktu ue nak jadi Fsi untuk Kem Jati Diri Dae Muda anjuran KRIM Klang .Kete sewa yang kami naiki rosak waktu mereka henndak pulang ke UiTM Puncak Alam .Satu kenangan pahit bersama mereka .yang best ye .waktu minggu FINAL EXAm . hari rabu ue periksa CHEMISTRY dan petang tu juga pergi ke KL untuk ON AIR di IKIM.fm bagi slot SUARA SISWA . Esoknya ada paper AGAMA .hhaaaa .kenangan yang terindah

Mohd Haziq Asyraff Bin Razali

Dikhabarkan budak ni Presiden BADAR .Seorang yang manja .Dia ni selalu  ana bermanja2 .Pernah sekali ue dia merajuk sebab kami gurau2 dalam whatsapp .satu hari jugak merajuk ye .Kami pun risau dan khuatir jugak la .hahaha akhirnya ana dengan yang lain pergi ke bilik dia and minta maaf .banyak sangat kenangan bersama mereka ni .



Nur Akmal Fakhruddin Bin Surianto

Budak ini as Class Rep ana .Dia ni tegas orang ye but caring .hhe di umpama bapa ana di UiTM Puncak Alam .bila ana tak ada duit .ana akan pinjam dari PAPA ni .hhee ...banyak la sangat memory bersama akmal ni ....




Muhd 'Izzuddin Bin Abdullah Halim

Budak ni kecil ni .die ni manje jugak sebenarnye .selalu tolong kawan2 die .Kau memang AWESOMES la din .CARING . LOVING .FRIENDSHIP .banyak la .terima kasih sangat banyak bantu aku selama ini .dan thanks for kopiah yang tertinggal ue .hrmm  ..Muahhauhaa


Mohd Syafiq Bin Saklin

Budak ini bijak sebnarnya ..pandai mengatur masa ye kot ..abg dia doktor kot ..haha .impian dia pon doktor kot .dia ni hebat Chemistry ..and anak emas miss Azlina .hahah . shafiq thanks for being my friend di PALAM .



Muhd Hedir Bin Harun

Hedir .Hmm .Hedir ni boleh ana kategorikan sebagai "KIND" dan "Intelligent" .Hedir memang SUPERB .Dia ni baik sangat pada ana .Rajin dan kuat berusaha .Hedir suka bergaya like "Hipster" .Perggh #OOTD sokmo .kalau nak tengok gambar kat INstagram, seacrh " #lepaksua mesti antum semua jumpa gambar dia yang penuh dengan gaya.Besides, hedir ni pandai bahagikan masa dia antara belajar dengan "GAMES" .Time belajar2 time Games2 .SUPERB la .hhe .ana je yang kurang dalam pengurusan masa .



Muhd Firdaus Bin Zaidi

Firdaus ni ,kami panggil as "prof" .actually ana pun tak ingat macam mana nama ue boleh melekat kat die .By the way, nama kami start on first class which is ELC, so siapa yang dapat nama pelik2 ue memang melekat sampai habis asasi. Prof ini aku leh jugde as "kuat merajuk" and "good determination" .Prof ni quite unik exactly .Senang untuk bergaul dan peramah .Cuma biasa la , kadang kala kita tak tahu topik apa nak dibincangkan .Dia ni tahu more about movie ,games and all that .Ana tahu sikit2 je .But thankz to Prof, to teach me English .He exactly encourage me to speak english fluencely .Dulu ana memang lemah bahasa orang puteh , but he taught me to speak and love English .Sememangnya , kenangan dengan mereka ni meninggalkan seribu satu kenangan pada ana .I gonna miss them tightly .







All of you  ......

Thanks for being my friends ...

Banyak gila kenangan bersama kalian .kenangan di BUKIT MERAH ue ...banyak lagi

Wednesday, 19 March 2014

SPM OH SPM

Bismillah pembuka coretan pada hari ini .Setelah sekian laa ana menyepi daripada menulis dalam blog ini .Ana semakin dekat dengan Final Exam di Pusat Asasi UiTM Puncak Alam .Doakan untuk kejayaan ana dalam peperiksaan akan datang ini .

Sepertimana yang kita maklumm , pada hari keputusan SPM sudah pun diumumkan .Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang 10A+ dan 11A+ .Namun yang kurang A's , usah berduka cita kerana perjalanan hidup seorang penuntut ilmu tidak akan pernah tamat melainkan mati pemutusnya .

Berjalanlah kamu dimuka bumi ini untuk mencari redaNya dalam masa yang sama , carilah dan garaplah ilmu-ilmu agar ketaqwaan kita pada Allah bertambah dan terus bertambah .

Duduklah kalian dalam "Circle In Tarbiyah" agar kita senantiasa berda dalam jalan yang lurus dan bukan jalan yang Allah murkai .




Saturday, 22 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Bismillah ....

Alhamdulillah ...finallly ana dapat buku yang di idamkan .....lagi beberapa chapter untuk ana habiskan novel cerita cinta Ahmad Ammar ini ...

Pengisian cukup mantap .Selepas ana habis baca , akan ana kongsikan sedikit isi kandungan dalam Novel Cerita CInta Ahmad Ammar ini .


Thursday, 20 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Bismillah

Alhamdulillah , hari ini dapat beli novel Cerita Cinta Ahmad Ammar .Target untuk baca 3 hari je .

Dunia Biarlah Berpenat 
Akhirat Tempat Aku Berehat
Perjuangan yang belum selesai

Jom pasang azam untuk menginginkan SYAHID !!

Ahmad Ammar engkau abangku

Tuesday, 18 February 2014

Looking Forward

Looking Forward

Looks are going far away gradually
My dream becomes fuzzy
I’m standing lost
I have nothing now
Although I want to give it all up
And start a new
Let's move carefully 

 Step by step
Filled with excitement and fear
Don’t tell me that it will end like this ?
Although fear always causes me to hesitate
Deep inside my heart
There is an echo that keeps pushing me forward

Step by step
I will move forward carefully like today
Filled with excitement and fear
Even if I stumble and fail
I will still move one step forward
When will i face my dream?

Step by step
I will move forward carefully like today
Filled with excitement and fear
Even though staggering and swaying
I will take that step
When will we meet
I am looking towards my dream
When can we meet
I am looking towards my dream

Thursday, 13 February 2014

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


Bismillah salam jumaat salam sayyidul ayyam ...
hari ini jatuh tanggal 14/2/2014     [140214]

Valentine's Day ??
Perbuatan meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara' kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukan akhlak .Sesungguhnya meniru budaya Barat yang terpesong dan mencampurkan pekara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam .

Firman Allah :

Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Hai orang Kafir .Aku tidak akan menyembah aa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah ( Allah ) .Dan aku tidak akan beribadat secaa kamu beribadat dan kamu pula tidak akan beribadat secara aku beribadat , dan bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku ( Islam ) .

( Surah al- Kafirrun )

Dan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa larangan kita meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang mafhumnya :

Nuscaya kamu akan turut jejak langkah mereka ( Yahudi dan NAsrani ) sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak .Lantaran seorang sahabat bertanya : Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ? Baginda s.a.w menjawab : Siapa lagi kalau bukan mereka .

Sejarah Valentine

Valentine dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentin's Day bermula dari kematian tragis seorang paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang raja Romawi yang bernama Raja Caludius II ( 268-270 M )
Dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan , keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup . Maka wujudnya 14 Februari sebagai hari perlambangan dalam memeeperingati kematian St. Valentine dan  dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kritsian .

Dan Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran

Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jaan yang membawa kepada kerosakan .

( Surah Al-Isra' ayat ke 32 )

So , Islam telah memberikan garis panduan hidup yang lengkap berkaitan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam rangka syariat Islam .Kasih sayang kepada Rasulullah , ibu bapa , sahabat , keluarga , masyarakat sekelililng dan manusia sejagat yang semuanya bersandar kembali kepada kasih sayang kepada Allah .

Firman Allah s.w.t :

 Wahai kaumku !! Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenagan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari AKHIRAT itulah sahaja nergeri yang kekal .

( Surah Al- Ghaafir ayat ke 39 )

I am a muslim and i say no to valentine's day but yes to

 Palestine's Day 

Korg tahu apa itu valentine's day? Kalau x tahu jgn ikut. Pegi kaji dan siasat dlu.

Sbb firman Allah di dalam al quran: 

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan 

tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu 

akan diminta pertanggung jawabnya”. ( 17 : 36 )




Tuesday, 11 February 2014

Bekerja Bersama Aman Palestin

Bismillah

Ahlamdulillah ...sekadar perkongsian pada hari ni 

Terima kasih kepada akhi Hambali yang membantu ana untuk mendapat pekerjaan di Johor Bahru sebagai Aktivis dan Sukarelawan Aman Palestin selepas tamat pengajian di Pusat Asasi UiTM Puncak Alam bulan 4 ni .

JOM ramai2 kita menderma untuk Aman Palestin .

Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web Aman Palestin

http://www.amanpalestin.net/


Friday, 7 February 2014

MABIT DAN DAURAH DI PEJABAT AMAN PALESTIN SHAH ALAM

Bismillah pembuka coretan pada hari ini

Sudah sekian lama ana tidak menulis di blog , merasa satu kerinduan untuk tidak berkongsi pengalaman atau cerita yang ana sendiri alami .

Semalam , ana bersama ikhwah yang lain ada program Malam Bina Iman dan Taqwa ( MABIT ) dan Daurah berkenaan buku Isti'at .

Lebih kurang 20 orang bertandang di Pejabat Aman Palestin Seksyen 16 Shah Alam . Program bermula dengan sesi taaruf .Dapat berkenalan dengan orang2 yang hebat dalam akademik dan dakwah . Kebanyakannya lepasan Al-Azhar , Mesir .Selepas itu , Tadabbur surah al-Mukminuun .Banyak ilmu yang dapat . Antaranya :

1) Antara ciri2 orang beriman yang berjaya ..ada dalam ayat 2- 10 ...Allah sudah memberikan garis panduan untuk kita berjaya di dunia ini .

2) bagaimana Allah perintahkan supaya kita membalas kejahatan terhadap kita dengan sebaik-baik balasan

Then , tidur pukul 1 pagi ...Ada tugas untuk berjaga  . Ana ditugaskan jaga pukul 4.00 pagi sebelum program Qiamullail jam 5 pagi .Pagi itu ada seorang ikhwah ( Fahmi ) yang tidak dapat tidur since jam 2 pagi .So , ana teruskan dengan Isya' ana yang lewat dan beberapa solat sunat . Fahmi lihat ana solat , dia pon terus ambil wudu' dan solat sunat Tahajjud juga . Kemudian ana teruskan dengan bacaan al-Quran secara perlahan sahaja , namun selepas selesai Fahmi solat , dia minta ana untuk bacakan dia separuh juzk .Ana pon hanya menbaca surah al-Waqiah , al-Mulk , An-Naba' , dan beberapa surah dan separuh juzk 30 .

Terkilan bila mana dia terus menghayati  kerana Fahmi masih bertatih membaca al-Quran .Namun semangat dia untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran .Dia sangat suka dengar bacaan ayat suci al-Quran .Semangat Fahmi untuk mendalami ilmu al-Quran .

QIAM bermula dengan solat sunat Tahajjud sebanyak 4 rakaat .Kemudian , yang buat ana teruja ialah Imam Subuh diimami oleh Vokalis Fetya , Akhi Muawwis .Dapat berkenalan dengan akh Muawwis yang awesomes .Then mathurat dan tazkirah by Ustaz Farhan .

Sarapan disponsor oleh ikhwah2 ..huihuih Syukran lakum ..then Daurah start jam 9 pagi ...
Membincangkan tentang buku Isti'ad 

Ilmu yang cukup bermanfaat.Then berjumpa dengan ikhwah Aman Palestin .Beliau menceritakan bagaimana delegasi yang dihantar ke Gaza dan Syria .Bila ditanya , boleh ke mahasiswa sepeti ana untuk pergi bersama Aman Palestin ke Gaza .Jawabnya BOLEH namun perlu di INTERVIEW dulu .Fikir aku , hope aku boleh diterima .Akan ku kejar untuk pergi ke GAZA .Andai takdir aku SYAHID di sana aku GEMBIRA .andai aku SYAHID di SYRIA aku GEMBIRA .Sekurang-kurangnya aku ingin menjejakkan kaki ke GAZA dan SYRIA . 

Wednesday, 29 January 2014

Perkongsian Dari FB

Perkongsian Dari FB


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Copy and paste from facebook

Wednesday, 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Bismillah Salam Maulidur Rasul dari PU Haziq Asyraff , PU Abdul Rauf , PU Hasrulnizam , PU Mohd Shafiq daripada UiTM Kampus Puncak Alam

Assalamualaikum ..maaf lambat update bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Baginda Muhammad s.a.w ...

Apa yang ana hendak nasihatkan untuk diri ana jugak dan kepada semua , usah hanya kita kenang Baginda kala hari ulang tahun kelahiran Baginda sahaja .Namun amalkan selawat dan salam ke atas Baginda saat waktu di samping terus berzikir kepada Allah s.w.t 

Sunday, 12 January 2014

Penulisan ikhwah blogger Gombak ..rindu nak jumpa Farhan ni

*sigh: Bumi.: Melihat keindahan ciptaan Tuhan menukarkan gelombang otak yang bercampur aduk yang terhasil dari tekanan emosi dan penderitaan jiwa kep...

Saturday, 11 January 2014

Indahnya Persahabatan

Tinggi Mana Nilai Ukhwah Itu ???

Bismillah sebagai pembuka coretan pada hari ini .... ingin ana kongsikan sedikit luahan hati perjalanan seorang hamba yang melalui pelbagai mehna dan ujian ..

Hidup ni tidak selalunya INDAH ....Pelbagai onak dan duri terpaksa kita tempuhi demi mencapai tujuan Utama kita iaitu Untuk Mendapat Reda Allah s.w.t ..

Dalam hidup persahabatan ...kita akan jumpa pelbagai ragam ....ada yang baik .ada yang nakal .ada yang ....macam -macam lagi ...namun sejauh dan sekuat mana kita untuk tetap Sabar dengan karenah mereka ...Sikap untuk BERLAPANG DADA memerlukan mujahadah yang tinggi bagi kita mencapai nilah Ukhwah Fillah yang sebenar...

Namun pada dunia sekarang , terlalu banyak fitnah yang sering menjadi tomahan kepada diri kita sendiri ..benar satu kata pujangga " Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis " .

Namun setiap persaabatan yang aku inginkan mahupun seorang kawan hanyalah pertemuan kembali di syurga kelak .Tiada seindah pertemuan dan perpisahan di dunia melainkan pertemuan kembali di Syurga kelak ...Namun bagaimana dan sejauh mana untuk kita capai pertemuan itu ???

1) Bersangka Baik 
.Kadang kala kita mendengar kutukan atau fitnah terhadap kawan atau sahabat kita . Namun sejauh mana fitnah atau bawaan mulut manusia itu betul . Kita tidak boleh terus menerus melabel dia sebagai seorang yang Jahat namun BERSANGKA BAIK lah agar suatu hari nanti kawan or sahabat kita itu boleh menjadi lebih baik dari kita 

2) Berlapang Dada
Kadang kala karenah kawan atau sahabat kita ni menyakitkan hati atau mereka sering melakukan maksiat ataupun dosa . Sebagai seorang ikhwah kita seharusnya lebih berfikiran terbuka dan mengikut dakwah bil hal dlam situasi begini .Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan terus berkasar .Menunjukkan peribadi yang terbaik merupakan salah satu dakwah untuk menarik mad'u untuk menerusi dalam Dakwah dan Tarbiyah ( DnT )

NI waktu sesi bergambar program Pelapis Imam Muda Peringkat Negeri Johor 2011 ...Sampai sekarang masih lagi berhubung ....


Bersama barisan kepimpinan SMKAJB sesi 2011/2012 melawat ke USIM , Nilai 




Bersama ikhwah Johor Bahru dalam program HIMMAH 2.0 di UPM



Kenangan bersama Batch' 95 ( KITA ) Life is Brotherhood ..bersama sahabat tempat untuk bercerita kisah suka dan duka ....


Bersama team Imtiyaz SMKAJB dalam program Jaulah Ke Kelantan ( JAKEL ) ..berbekal rm 50 setiap ahli namun ada baki rm 10 .Namun disumbangkan kepada Tabung Aman Palestin .Program yang mendapat bantuan Ikhwah JB .


Bersama Kepimpinan Johore International Student Leadership Council 2012


Bersama Ikhwah JB Sekolah Menengah Islam Hidayah , Senai


Bersama Adik- adik yang ana sangat sayang di Kem Jati Diri Dae Muda 2.0 2013


Bersama Akhi yang hebat dalam Dakwah n Tarbiyah JB ..Merasai solat Dhuha di tepi pantai ..



Futsal antara Ikhwah Johor Bahru dengan Ikhwah Kelantan .....Johor Bahru menang 2-1 ..Namun bila ana bertanya berapa juzk sudah hafal .." sikit je baru 27 juzk " ..tersentap hati ana bila mana mendengar jawapan daripada meraka pada usia muda sudah menghafal 9/10 al - Quran . Sedangkan ana masih bertatih dalam 2 juzk . Allah ...


Ni pula sahabat dan kawan di PALAM ...pelbagai ragam yang menceriakan lagi hubungan antara kami .Namun ana harap kita bisa bermain lag di Syurga kelak .Satu pertemuan dan perpisahan kerana Allah ...Sesungguhnya tiada seindah pertemuan dan perpisahan melainkan pertemuan kembali di Syurga .

Friday, 10 January 2014

Ya Maulana Ya Rasulullah

Ya Maulana Ya Rasulullah


” Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamaya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku”
(Hadist riwayat Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha’ – no: 1619)

Ini kata-kata Rasulullah yang harus kita genggam kuat ..


Saat diri ini rasa kesunyian 
Ku dengar dendangan lagu yang memuji Baginda
Sayu bila mana membaca kisah yang mana Nabi merindui kita...

Di kisahkan pada satu hari ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabat. Lalu baginda bertanya kepada para sahabat r.anhum

ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada sahabat.

“siapakah yang paling ajaib imannya?”

Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”

Baginda menjelaskan,  ”bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,  ”Para nabi..”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas Rasulullah..

” Mungkin kami…” celah seorang sahabat…

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah menyangkal..

“kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang sahabat..

“kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…

Rasulullah menundukkan pandangan Baginda daripada para sahabat seketika .Salah seorang sahabat melihat air mata Baginda yang membasahi janggut Baginda .Rasulullah menyatakan betapa rindunya Baginda pada umatnya .



“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Siapa tak rindu pada Baginda .Bila mana mendengar kisah Baginda terus jatuh cinta pada Baginda .Moga kelak kita dapat berjumpa dan berpeluk tanda rindu kita pada Baginda


Thursday, 9 January 2014

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik





Orang yang mempunyai sahabat baik dan merupakan sahabat baik bagi orang lain sesungguhnya adalah orang yang sangat kaya dan puas.

Persahabatan yang baik seharusnya menunjukkan ciri-ciri seperti berikut ini :

1. Persahabatan yang baik tidak mementingkan diri sendiri.


Karena itu persahabatan sejati tidak didasarkan pada syarat-syarat yang berubah-ubah. Ada orang-orang yang berkata, “Saya akan menjadi sahabatmu jika, atau apabila, atau sampai, atau karena.” Semua ini adalah syarat-syarat dan syarat bisa berubah.

Tetapi sahabat sejati mengasihi setiap waktu. Seorang sahabat yang berkata, “Aku mengasihimu jika” atau “Aku mengasihimu bila” bukan sahabat seperti yang dilukiskan oleh Alkitab. Sahabat sejati akan berkata, “Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri.”

2. Persahabatan sejati bersifat teguh.





“Seorang sahabat adalah orang yang menambah sukacita kita dan membagi kesedihan kita.” Definisi lain berbunyi, “Seorang sahabat adalah orang yang mengerti kita.”

“Seorang sahabat adalah orang yang masuk pada saat dunia keluar.” Betapa benarnya definisi ini! Jika Saudara ingin sungguh-sungguh mengetahui berapa banyak sahabat yang Saudara miliki dan siapa mereka, buatlah kesalahan dan lihatlah apa yang terjadi. Setelah Saudara mengetahui kesulitan, cuba lihat berapa banyak kawan Saudara yang masih setia kapada Saudara. Persahabatan sejati itu teguh.

3. Persahabatan sejati bersedia berkorban.





“Ada teman yang mendatangkan kecelakaan, tetapi ada juga sahabat yang lebih karib daripada seorang saudara.”

Persahabatan sejati itu mahal, tetapi memang sepadan dengan nilainya.“Orang yang memikul kesusahanku pada pundaknya.” Jadi kalau saya ingin menjadi sahabat, saya harus
hidup dengan bersedia berkorban bagi orang yang menerima persahabatan saya.

4. Persahabatan sejati bersifat menyucikan.




“Besi menajamkan besi, orang menajamkan sesamanya.”

Seorang sahabat sejati akan menjadikan Saudara orang yang lebih baik. Persahabatan sejati membuat hidup Saudara lebih maju, mempertajam kecerdasan Saudara dan membuat Saudara lebih giat. Saudara akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih berguna karena persahabatan itu.

Persahabatan sejati tidak akan menumpulkan pengaruh Saudara atau menumpulkan kerohanian Saudara. Seorang sahabat sejati adalah orang yang cukup peduli sehingga ia akan menegur bila Saudara salah.

——————————————

Sanjungan bukan persahabatan. Orang yang suka menyanjung sama dengan orang munafik. Seorang munafik mengatakan di belakang Saudara apa yang tidak akan dia ucapkan di muka Saudara, tetapi seorang penyanjung mengatakan di depan Saudara apa yang tidak akan ia katakan di belakang Saudara. Seorang sahabat sejati sebaliknya, ia bersifat jujur terhadap Saudara dan terhadap orang lain.