Bismillah pembuka coretan pada hari ini
Sudah sekian lama ana tidak menulis di blog , merasa satu kerinduan untuk tidak berkongsi pengalaman atau cerita yang ana sendiri alami .
Semalam , ana bersama ikhwah yang lain ada program Malam Bina Iman dan Taqwa ( MABIT ) dan Daurah berkenaan buku Isti'at .
Lebih kurang 20 orang bertandang di Pejabat Aman Palestin Seksyen 16 Shah Alam . Program bermula dengan sesi taaruf .Dapat berkenalan dengan orang2 yang hebat dalam akademik dan dakwah . Kebanyakannya lepasan Al-Azhar , Mesir .Selepas itu , Tadabbur surah al-Mukminuun .Banyak ilmu yang dapat . Antaranya :
1) Antara ciri2 orang beriman yang berjaya ..ada dalam ayat 2- 10 ...Allah sudah memberikan garis panduan untuk kita berjaya di dunia ini .
2) bagaimana Allah perintahkan supaya kita membalas kejahatan terhadap kita dengan sebaik-baik balasan
Then , tidur pukul 1 pagi ...Ada tugas untuk berjaga . Ana ditugaskan jaga pukul 4.00 pagi sebelum program Qiamullail jam 5 pagi .Pagi itu ada seorang ikhwah ( Fahmi ) yang tidak dapat tidur since jam 2 pagi .So , ana teruskan dengan Isya' ana yang lewat dan beberapa solat sunat . Fahmi lihat ana solat , dia pon terus ambil wudu' dan solat sunat Tahajjud juga . Kemudian ana teruskan dengan bacaan al-Quran secara perlahan sahaja , namun selepas selesai Fahmi solat , dia minta ana untuk bacakan dia separuh juzk .Ana pon hanya menbaca surah al-Waqiah , al-Mulk , An-Naba' , dan beberapa surah dan separuh juzk 30 .
Terkilan bila mana dia terus menghayati kerana Fahmi masih bertatih membaca al-Quran .Namun semangat dia untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran .Dia sangat suka dengar bacaan ayat suci al-Quran .Semangat Fahmi untuk mendalami ilmu al-Quran .
QIAM bermula dengan solat sunat Tahajjud sebanyak 4 rakaat .Kemudian , yang buat ana teruja ialah Imam Subuh diimami oleh Vokalis Fetya , Akhi Muawwis .Dapat berkenalan dengan akh Muawwis yang awesomes .Then mathurat dan tazkirah by Ustaz Farhan .
QIAM bermula dengan solat sunat Tahajjud sebanyak 4 rakaat .Kemudian , yang buat ana teruja ialah Imam Subuh diimami oleh Vokalis Fetya , Akhi Muawwis .Dapat berkenalan dengan akh Muawwis yang awesomes .Then mathurat dan tazkirah by Ustaz Farhan .
Sarapan disponsor oleh ikhwah2 ..huihuih Syukran lakum ..then Daurah start jam 9 pagi ...
Membincangkan tentang buku Isti'ad
Ilmu yang cukup bermanfaat.Then berjumpa dengan ikhwah Aman Palestin .Beliau menceritakan bagaimana delegasi yang dihantar ke Gaza dan Syria .Bila ditanya , boleh ke mahasiswa sepeti ana untuk pergi bersama Aman Palestin ke Gaza .Jawabnya BOLEH namun perlu di INTERVIEW dulu .Fikir aku , hope aku boleh diterima .Akan ku kejar untuk pergi ke GAZA .Andai takdir aku SYAHID di sana aku GEMBIRA .andai aku SYAHID di SYRIA aku GEMBIRA .Sekurang-kurangnya aku ingin menjejakkan kaki ke GAZA dan SYRIA .
No comments:
Post a Comment