Future

Future

Wednesday, 29 January 2014

Perkongsian Dari FB

Perkongsian Dari FB


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Copy and paste from facebook

Wednesday, 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Bismillah Salam Maulidur Rasul dari PU Haziq Asyraff , PU Abdul Rauf , PU Hasrulnizam , PU Mohd Shafiq daripada UiTM Kampus Puncak Alam

Assalamualaikum ..maaf lambat update bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Baginda Muhammad s.a.w ...

Apa yang ana hendak nasihatkan untuk diri ana jugak dan kepada semua , usah hanya kita kenang Baginda kala hari ulang tahun kelahiran Baginda sahaja .Namun amalkan selawat dan salam ke atas Baginda saat waktu di samping terus berzikir kepada Allah s.w.t 

Sunday, 12 January 2014

Penulisan ikhwah blogger Gombak ..rindu nak jumpa Farhan ni

*sigh: Bumi.: Melihat keindahan ciptaan Tuhan menukarkan gelombang otak yang bercampur aduk yang terhasil dari tekanan emosi dan penderitaan jiwa kep...

Saturday, 11 January 2014

Indahnya Persahabatan

Tinggi Mana Nilai Ukhwah Itu ???

Bismillah sebagai pembuka coretan pada hari ini .... ingin ana kongsikan sedikit luahan hati perjalanan seorang hamba yang melalui pelbagai mehna dan ujian ..

Hidup ni tidak selalunya INDAH ....Pelbagai onak dan duri terpaksa kita tempuhi demi mencapai tujuan Utama kita iaitu Untuk Mendapat Reda Allah s.w.t ..

Dalam hidup persahabatan ...kita akan jumpa pelbagai ragam ....ada yang baik .ada yang nakal .ada yang ....macam -macam lagi ...namun sejauh dan sekuat mana kita untuk tetap Sabar dengan karenah mereka ...Sikap untuk BERLAPANG DADA memerlukan mujahadah yang tinggi bagi kita mencapai nilah Ukhwah Fillah yang sebenar...

Namun pada dunia sekarang , terlalu banyak fitnah yang sering menjadi tomahan kepada diri kita sendiri ..benar satu kata pujangga " Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis " .

Namun setiap persaabatan yang aku inginkan mahupun seorang kawan hanyalah pertemuan kembali di syurga kelak .Tiada seindah pertemuan dan perpisahan di dunia melainkan pertemuan kembali di Syurga kelak ...Namun bagaimana dan sejauh mana untuk kita capai pertemuan itu ???

1) Bersangka Baik 
.Kadang kala kita mendengar kutukan atau fitnah terhadap kawan atau sahabat kita . Namun sejauh mana fitnah atau bawaan mulut manusia itu betul . Kita tidak boleh terus menerus melabel dia sebagai seorang yang Jahat namun BERSANGKA BAIK lah agar suatu hari nanti kawan or sahabat kita itu boleh menjadi lebih baik dari kita 

2) Berlapang Dada
Kadang kala karenah kawan atau sahabat kita ni menyakitkan hati atau mereka sering melakukan maksiat ataupun dosa . Sebagai seorang ikhwah kita seharusnya lebih berfikiran terbuka dan mengikut dakwah bil hal dlam situasi begini .Tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan terus berkasar .Menunjukkan peribadi yang terbaik merupakan salah satu dakwah untuk menarik mad'u untuk menerusi dalam Dakwah dan Tarbiyah ( DnT )

NI waktu sesi bergambar program Pelapis Imam Muda Peringkat Negeri Johor 2011 ...Sampai sekarang masih lagi berhubung ....


Bersama barisan kepimpinan SMKAJB sesi 2011/2012 melawat ke USIM , Nilai 




Bersama ikhwah Johor Bahru dalam program HIMMAH 2.0 di UPM



Kenangan bersama Batch' 95 ( KITA ) Life is Brotherhood ..bersama sahabat tempat untuk bercerita kisah suka dan duka ....


Bersama team Imtiyaz SMKAJB dalam program Jaulah Ke Kelantan ( JAKEL ) ..berbekal rm 50 setiap ahli namun ada baki rm 10 .Namun disumbangkan kepada Tabung Aman Palestin .Program yang mendapat bantuan Ikhwah JB .


Bersama Kepimpinan Johore International Student Leadership Council 2012


Bersama Ikhwah JB Sekolah Menengah Islam Hidayah , Senai


Bersama Adik- adik yang ana sangat sayang di Kem Jati Diri Dae Muda 2.0 2013


Bersama Akhi yang hebat dalam Dakwah n Tarbiyah JB ..Merasai solat Dhuha di tepi pantai ..



Futsal antara Ikhwah Johor Bahru dengan Ikhwah Kelantan .....Johor Bahru menang 2-1 ..Namun bila ana bertanya berapa juzk sudah hafal .." sikit je baru 27 juzk " ..tersentap hati ana bila mana mendengar jawapan daripada meraka pada usia muda sudah menghafal 9/10 al - Quran . Sedangkan ana masih bertatih dalam 2 juzk . Allah ...


Ni pula sahabat dan kawan di PALAM ...pelbagai ragam yang menceriakan lagi hubungan antara kami .Namun ana harap kita bisa bermain lag di Syurga kelak .Satu pertemuan dan perpisahan kerana Allah ...Sesungguhnya tiada seindah pertemuan dan perpisahan melainkan pertemuan kembali di Syurga .

Friday, 10 January 2014

Ya Maulana Ya Rasulullah

Ya Maulana Ya Rasulullah


” Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamaya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku”
(Hadist riwayat Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha’ – no: 1619)

Ini kata-kata Rasulullah yang harus kita genggam kuat ..


Saat diri ini rasa kesunyian 
Ku dengar dendangan lagu yang memuji Baginda
Sayu bila mana membaca kisah yang mana Nabi merindui kita...

Di kisahkan pada satu hari ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabat. Lalu baginda bertanya kepada para sahabat r.anhum

ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada sahabat.

“siapakah yang paling ajaib imannya?”

Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”

Baginda menjelaskan,  ”bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,  ”Para nabi..”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas Rasulullah..

” Mungkin kami…” celah seorang sahabat…

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah menyangkal..

“kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang sahabat..

“kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…

Rasulullah menundukkan pandangan Baginda daripada para sahabat seketika .Salah seorang sahabat melihat air mata Baginda yang membasahi janggut Baginda .Rasulullah menyatakan betapa rindunya Baginda pada umatnya .



“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Siapa tak rindu pada Baginda .Bila mana mendengar kisah Baginda terus jatuh cinta pada Baginda .Moga kelak kita dapat berjumpa dan berpeluk tanda rindu kita pada Baginda


Thursday, 9 January 2014

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik





Orang yang mempunyai sahabat baik dan merupakan sahabat baik bagi orang lain sesungguhnya adalah orang yang sangat kaya dan puas.

Persahabatan yang baik seharusnya menunjukkan ciri-ciri seperti berikut ini :

1. Persahabatan yang baik tidak mementingkan diri sendiri.


Karena itu persahabatan sejati tidak didasarkan pada syarat-syarat yang berubah-ubah. Ada orang-orang yang berkata, “Saya akan menjadi sahabatmu jika, atau apabila, atau sampai, atau karena.” Semua ini adalah syarat-syarat dan syarat bisa berubah.

Tetapi sahabat sejati mengasihi setiap waktu. Seorang sahabat yang berkata, “Aku mengasihimu jika” atau “Aku mengasihimu bila” bukan sahabat seperti yang dilukiskan oleh Alkitab. Sahabat sejati akan berkata, “Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri.”

2. Persahabatan sejati bersifat teguh.





“Seorang sahabat adalah orang yang menambah sukacita kita dan membagi kesedihan kita.” Definisi lain berbunyi, “Seorang sahabat adalah orang yang mengerti kita.”

“Seorang sahabat adalah orang yang masuk pada saat dunia keluar.” Betapa benarnya definisi ini! Jika Saudara ingin sungguh-sungguh mengetahui berapa banyak sahabat yang Saudara miliki dan siapa mereka, buatlah kesalahan dan lihatlah apa yang terjadi. Setelah Saudara mengetahui kesulitan, cuba lihat berapa banyak kawan Saudara yang masih setia kapada Saudara. Persahabatan sejati itu teguh.

3. Persahabatan sejati bersedia berkorban.





“Ada teman yang mendatangkan kecelakaan, tetapi ada juga sahabat yang lebih karib daripada seorang saudara.”

Persahabatan sejati itu mahal, tetapi memang sepadan dengan nilainya.“Orang yang memikul kesusahanku pada pundaknya.” Jadi kalau saya ingin menjadi sahabat, saya harus
hidup dengan bersedia berkorban bagi orang yang menerima persahabatan saya.

4. Persahabatan sejati bersifat menyucikan.




“Besi menajamkan besi, orang menajamkan sesamanya.”

Seorang sahabat sejati akan menjadikan Saudara orang yang lebih baik. Persahabatan sejati membuat hidup Saudara lebih maju, mempertajam kecerdasan Saudara dan membuat Saudara lebih giat. Saudara akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih berguna karena persahabatan itu.

Persahabatan sejati tidak akan menumpulkan pengaruh Saudara atau menumpulkan kerohanian Saudara. Seorang sahabat sejati adalah orang yang cukup peduli sehingga ia akan menegur bila Saudara salah.

——————————————

Sanjungan bukan persahabatan. Orang yang suka menyanjung sama dengan orang munafik. Seorang munafik mengatakan di belakang Saudara apa yang tidak akan dia ucapkan di muka Saudara, tetapi seorang penyanjung mengatakan di depan Saudara apa yang tidak akan ia katakan di belakang Saudara. Seorang sahabat sejati sebaliknya, ia bersifat jujur terhadap Saudara dan terhadap orang lain.