ISU SYIAH
sejauh mana kita tahu pasal syiah ??
artikel dan kajian ini ana ambil dari penulisan Naqib ana yang coretkan tentang SYIAH !!!
1.0 PENGENALAN
Shiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi
Muhammad SAW yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan
Shiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi serta mengkafirkan mereka
terutamanya tiga Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar
RA dan Saidina Uthman RA. Ringkasnya, Shiah memperkatakan sesuatu yang tidak
layak serta merendahkan kedudukan Khulafa al-Rasyidin RA, para sahabat dan
sebahagian isteri-isteri Nabi. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan
Shiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Melihat kedudukan di Malaysia pula,
langkah yang bertepatan telah diambil oleh pihak Jabatan-Jabatan Agama Islam
Negeri antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengeluarkan fatwa
pengharaman Shiah ([1]) pada 14 Februari
1998 yang menyatakan seperti berikut:
“Fahaman dan ajaran Shiah adalah
bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman
dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di
dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain”.
Umat
Islam hari ini bukan hanya ketinggalan daripada pelbagai sudut, malah juga
diancam daripada pelbagai sudut. Antaranya ancaman Shiah ini yang pada hari ini
telah berada pada tahap yang sangat kritikal. Mereka bergerak laju bagi
menyebarkan fahaman sesat ini di seluruh dunia. Tanpa disedari, telah ramai
pengikut yang terpedaya dengan fahaman ini. Sehubungan dengan itu, penulis
ingin merungkaikan fahaman Shiah ini yang telah dibahaskan dalam al-Quran dan
Sunnah Rasulullah cukup bagi membuktikan bahawa mereka ini jelas sesat.
2.1 Definisi Shiah Dari Segi Bahasa
Kalimah Shiah dalam bahasa Arab bermaksud pengikut, penganut, penolong atau
golongan [Zakaria Daud 1996: 13]. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggunakan
kalimah Shiah menurut maksud ini. Antaranya ialah :
ثُمَّ لَنَنزِ عَنَّ مِن كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ
عَلَى الرَّحْمَنِ عِتِيَّا .
Maksudnya: Kemudian pasti akan Kami
tarik dari tiap-tiap golongan(Shiah) siapa di
antara mereka yang sangat derhaka kepada
Tuhan yang Maha Pemurah
[Al-Quran 19: 69].
فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا
مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَثَهُ الَّذِى مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى
الَّذِى مِنْ عَدُوِّهِ .
Maksudnya: Maka didapatinya di dalam kota itu ada 2 orang lelaki yang
sedang berkelahi; seorang daripadanya dari golongannya (Shiahnya-Bani Israil)
dan seorang lagi dari musuhnya (kaum Firaun). Maka orang yang dari golongannya
meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya
[Al-Quran 28: 15].
Menurut Ibn Duraid pula, Shiah ini ialah “Fulan daripada Shiah fulan”
memberi maksud fulan adalah dari mereka yang sependapat dengannya. Dalam bentuk
kata kerja pula, شيّع bererti menyokong. Kata kerja شيّعjuga
bererti menolong dan bergabung [Ibn Duraid 1987: 63]. Al-Azhari pula menyebut
bahawa, Shiah ialah penolong-penolong seseorang dan pengikutnya. Sesuatu
kumpulan yang bersetuju dengan sesuatu pendapat atau aliran dipanggil Shiah. Kata
jamak bagi Shiah ialah شِيَعَ atau أَشْيَاع. Penggunaan
perkataan Shiah pula digunakan untuk menunjukkan makna kumpulan manusia yang
saling mengikut satu sama lain. Kumpulan-kumpulan Shiah itu pula adalah
beberapa kumpulan yang mana sebahagian mereka mengikut yang lain dan mereka
tidak sepakat dalam sesuatu perkara [Al-Azhari 1964: 61].
Al-Jauhari pula berkata, apabila seseorang itu تَشَيُّعْ, ini
bermakna ia mendakwa apa yang didakwa oleh kumpulan Shiah. Semua kaum yang
sepakat dalam sesuatu perkara dan mereka mengikut pendapat di kalangan mereka
sendiri, mereka dipanggil شِيَعْ. Dzu Al-Rahmat pernah mengungkapkan syair
yang menunjukkan bahawa أَشْيَاع membawa makna rakan-rakan
[Al-Athrasy 2012: 5].
Ibn Manzur pula berkata, Shiah ialah pengikut dan penolong bagi seseorang.
Kata jamaknya ialah شياع atau أَشْيَاع. Asal
konsep Shiah ialah sekumpulan orang, ia boleh digunakan untuk bilangan satu,
dua atau ramai samada lelaki atau perempuan. Walaubagaimanapun, lafaz ini
digunakan dengan meluas untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong Saidina
Ali dan ahli keluarganya sehinggalah lafaz ini bertukar menjadi kata nama khas.
Apabila disebut, fulan dari golongan Shiah, secara langsung ini bererti dia
ialah salah seorang daripada penyokong Saidina Ali dan keluarganya. Ungkapan
Shiah ini digunakan kepada sesuatu puak yang mengikut pendapat orang lain
selain mereka [Ibn Manzur 1966: 55].
Apabila sesuatu puak menjadi penyokong (Shiah) kepada orang lain, mereka
disebut dengan kata kerjaتَشَيَّعَ . Apabila seseorang itu
mendakwa dengan dakwaan puak Shiah, dia disebut sebagai شَيَّعَ atau شَايَعَ dengan
kata terbitan شِيَاعَ. Kata kerja شَيَّعَ bererti
mengikut seseorang. Apabila disebut dalam konteks kata kerja fulan يُشَايِعُ seseorang,
ini bererti dia mengikut dan memperakukan kedudukan seseorang itu [ibid].
Kalimah Shiah yang digunakan di dalam al-Quran dengan maksud pengikut,
penolong atau golongan sebagaimana yang dijelaskan, tiada sebarang hubungannya
dengan istilah Shiah yang akan diterangkan nanti [Zakaria Daud 1996: 14].
2.2 Definisi Shiah Dari Segi Istilah
Kalimah Shiah menurut istilah pula ialah merujuk kepada golongan tertentu
yang mempunyai fahaman yeng berbeza daripada Ahlu al-Sunnah, di mana mereka
menganggap Ali bin Abu Talib lebih berhak menjadi khalifah selepas kewafatan
Rasulullah SAW. Kebanyakkan mereka tinggal di Iraq, Iran, Pakistan dan
lain-lain lagi [ibid: 14].
Menurut al-Shahrastani, Shiah ialah mereka yang mengikut Ali ibn Abu Talib
secara khusus dan mengatakan Ali bin Abu Talib berhak menjadi imam dan khalifah
berdasarkan nas dan wasiat daripada Rasulullah SAW, baik wasiat yang terang
atau tersembunyi. Mereka juga beri’tiqad bahawa jawatan imamah mestilah
daripada keturunan Ali ibn Abu Talib [ibid: 15]. Mereka juga berpegang bahawa
imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan
Saidina Ali. Sekiranya berlaku pemindahan kepimpinan itu kepada selain daripada
keturunan Saidina Ali, maka ini merupakan satu kezaliman dari pihak yang
menerima kepimpinan itu, atau sebagai suatu pelaksanaan pendekatan taqiyyah
dari pihak keturunan Saidina Ali [Al-Syahrastani 1982: 146].
Menurut Abu al-Hasan al-Ash’ari pula, Shiah adalah orang yang mengikut dan
menyokong Ali bin Abu Talib dan melebihkannya dari para sahabat Rasulullah SAW
yang lain. Ibn Hazm pula mengatakan, Shiah adalah sesiapa yang bersetuju dengan
Shiah dan mengatakan bahawa Ali bin Abu Talib adalah manusia yang paling afdal
selepas Rasulullah SAW dan lebih berhak menjadi imam, kemudian diikuti
selepasnya oleh anak cucunya, maka orang itu dikatakan orang Shiah [Zakaria
Daud 1996: 15].
Berdasarkan beberapa definisi di atas, maka bolehlah dibuat kesimpulan
bahawa Shiah ini menurut istilah ialah satu kumpulan umat Islam yang
melebih-lebihkan Ali dan anak cucunya mengatasi para sahabat Rasulullah SAW
yang lain dan menganggap mereka lebih layak memegang jawatan imamah selepas
kewafatan baginda Rasulullah.
2.3 Penggunaan Istilah Shiah
2.3.1 Al-Quran
Perkataan Shiah terdapat dalam Al-Quran dan telah diulang sebanyak 12 kali
yang mana kesemuanya merujuk kepada hubungan kemanusiaan sesama mereka
[Al-Athrasy 2012: 26]. Antara ayat yang mengandungi kalimah Shiah ialah:
وإن من شيعته لإبراهيم
Maksudnya: Dan sesungguhnya Ibrahim
adalah tergolong dari Shiahnya (Nuh)
[Al-Quran 37: 83].
[Al-Quran 37: 83].
إن فرعون علا في الأرض وجعل أهلها شيعا .
Maksudnya: Sesungguhnya Firaun telah
berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan
penduduknya berpuak-puak (Syiaan)
[Al-Quran 28: 4].
[Al-Quran 28: 4].
ولقد أرسلنا من قبلك في شيع الأولين.
Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami telah
mengutuskan Rasul-Rasul sebelum kamu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum
(Syiaan) yang telah lalu
[Al-Quran 15: 10].
[Al-Quran 15: 10].
2.3.2
Hadis
Selain itu, terdapat juga istilah Shiah yang digunakan dalam hadis
Rasulullah. Antaranya ialah:
قال الرسول الله صلى الله عليه وسلم لعلى وشيعته:
“إن هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة ، انت وشيعتك يوم
القيامة راضون مرضيون ، انت وشيعتك يا علي فى الجنة.”
Maksudnya: Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Shiah ini ialah golongan yang berjaya di hari kiamat kelak. Wahai
Ali! Pada hari pembalasan kamu dan Shiahmu akan datang menghadap Allah dalam
keadaan disukai dan menyukai, kamu dan Shiahmu masuk ke dalam syurga
[At-Tabrani 1968: 319].
[At-Tabrani 1968: 319].
3.0
SEJARAH KELAHIRAN
Sejarah Shiah ini bermula apabila tragedi terpecahnya pintu fitnah yang
disebut Rasulullah sebagai Umar Al-Khattab. Sebagaimana dapat dilihat daripada
hadis baginda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Huzaifah
yang bermaksud [Muhammad Rabie’ 1998: 26] :
“Umar berkata: Aku inginkan cerita
tentang fitnah yang datangnya bergelombang bagaikan gelombang ombak laut. Balas
Huzaifah: Tidak ada urusan ke atasmu wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya antara
kamu dan fitnah itu terdapat pintu yang terkunci.
Kata Umar: Adakah pintu itu nanti akan terpecah atau dibuka? Jawab Huzaifah: Tidak. Bahkan ianya akan terpecah. Jawab Umar: Sekiranya demikian, maka pintu itu tidak akan tertutup selamanya. Kata Huzaifah: Benar. Kami pun bertanya kepada Huzaifah: Adakah Umar mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan pintu itu? Jawab Huzaifah: Ya, sepertimana beliau mengetahui bahawa setelah malam ini akan datang lah esok hari. Dan demikianlah sesungguhnya aku telah menceritakan kepadanya 1 hadis yang tidak termasuk perkara yang merumitkan. Maka kami diminta untuk tanyakan kepada Masruq tentang siapakah pintu ini, maka kami pun bertanyalah kepadanya. Tanya kami: Siapakah pintu ini? Jawab Masruq: Ianya Umar.”
Kata Umar: Adakah pintu itu nanti akan terpecah atau dibuka? Jawab Huzaifah: Tidak. Bahkan ianya akan terpecah. Jawab Umar: Sekiranya demikian, maka pintu itu tidak akan tertutup selamanya. Kata Huzaifah: Benar. Kami pun bertanya kepada Huzaifah: Adakah Umar mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan pintu itu? Jawab Huzaifah: Ya, sepertimana beliau mengetahui bahawa setelah malam ini akan datang lah esok hari. Dan demikianlah sesungguhnya aku telah menceritakan kepadanya 1 hadis yang tidak termasuk perkara yang merumitkan. Maka kami diminta untuk tanyakan kepada Masruq tentang siapakah pintu ini, maka kami pun bertanyalah kepadanya. Tanya kami: Siapakah pintu ini? Jawab Masruq: Ianya Umar.”
Dari
sini, kita dapat lihat bahawasanya segala ancaman dan fitnah yang berlaku dalam
dunia umat Islam adalah bermula selepas kewafatannya sosok tubuh agung Khalifah
Umar pada tahun 23H. Sama seperti itu jugalah dihukumkan kepada fahaman Shiah
ini.
Bilakah fahaman Shiah ini mula muncul? Sebahagian ulama’ Shiah seperti
Syeikh Hashim dan Mihad Al-Hussin telah berpendapat bahawa Shiah ini telah
wujud pada zaman Rasulullah dan baginda sendiri yang mengasaskannya. Menurut
mereka, golongan Shiah ini lahir semenjak Rasulullah mula berdakwah kepada kaum
keluarga baginda [Zakaria Daud 1996: 17], iaitu sebaik sahaja turunnya surah
As-Shuara’: 214 seperti berikut:
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ .
Maksudnya: Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat.
Maksudnya: Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat.
Dakwaan mereka yang mengatakan kelahiran Shiah ini bersama dan serentak
dengan kelahiran Islam adalah dakwaan yang tidak berpandukan dalil sahih dan
tidak dapat diterima [ibid: 19]. Pandangan ini telah ditolak kerana Rasulullah
diutuskan untuk membawa dan melengkapkan ajaran Islam bukannya membawa agenda
sesat seperti itu.
Zaman pemerintahan Uthman ibn Affan
Kisah pembunuhan Saidina Umar oleh Abu Lu’luah ini menimbulkan satu
persoalan besar tentang siapakah perancang utama yang berbuat demikian. Satu
perkara yang aneh, pada setiap 9 Rabiulawal telah dan sentiasa berjalan
perayaan yang disambut oleh golongan Shiah ini. Ini bertujuan memperingati
perjuangan Abu Lu’luah yang berjaya menikam Umar.
Kemudian dilanjutkan pada zaman Uthman pula, telah berlaku pemberontakan
yang akhirnya menyebabkan jiwa beliau terbunuh. Pemberontakan ini telah
diketuai oleh Abdullah ibn Saba’. Maka siapakah pula Abdullah ibn Saba’ ini?
Ada sebahagian pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Shiah adalah Abdullah
ibn Saba’ yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam
daging umat Islam. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Shiah
sendiri kerana antara puak-puak Shiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu
puak al-Sabaiah[Muhammad Rabie 1998: 28].
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah
ibn Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali ibn Abi Thalib seperti
dinukilkan di dalam kitab Mujmal Akaidul Shiah ([2]) :
“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu
diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan
perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu
Abdullah ibn Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.
Abdullah ibn Saba’ bukanlah pengasas Shiah yang pertama, tetapi beliau
merupakan pelopor pemusnah di zaman itu, seperti kata Al-Syahrastani:
“Gerakan Abdullah ibn Saba’ bukanlah gerakan merupakan gerakan pertama
dalam Shiah sebaliknya golongan tersebut merupakan golongan pelampau Shiah yang
pertama. Ini berdasarkan ajarannya banyak menyimpang jauh daripada akidah ahli
sunnah waljamaah”.
Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Shiah ini telah timbul pada akhir
pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman
pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur
dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat
telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan
kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka
menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya
bersifat mu`tadil [Muhammad Abu Zuhrah 1996: 32].
Zaman pemerintahan Ali ibn Abi Talib
Ibn Adim berpendapat bahawa fahaman Shiah ini bermula pada zaman
pemerintahan Saidina Ali. Namun, ahli sejarah Islam menolak pandangan ini
kerana kalimah Shiah ini telah digunakan sejak awal lagi [Mohamad Ismail tth:
13].
Ekstrimnya Abdullah ibn Saba’ ini terhadap Ali dapat dibuktikan dengan
kata-kata yang diluahkannya atas tujuan penyebaran dakyah sehinggakan akhirnya
Uthman terbunuh. Pada zaman pemerintahan Ali, telah berlaku peperangan Jamal
antara Ali dan Aishah, kemudian peperangan Siffin antara Ali dan Muawiyah
sehingga terpecahnya kerajaan Islam kepada 2 iaitu Syam dan Iraq. Sekali lagi,
golongan Shiah ini telah terpengaruh dengan dakyah Abdullah ibn Saba’
bangkit menyokong golongan pro-Ali dan menentang golongan Aishah dan Muawiyah
[Zakaria Daud 1996: 24-25].
Seorang ahli sejarah Shiah dalam kitabnya Raudat Al-Safa ada menyebutkan
tentang penentangan Abdullah ibn Saba’ terhadap Uthman dahulu dengan katanya:
“Apabila Abdullah ibn Saba’ ini mendapat tahu bahawa di Mesir terdapat
ramai penentang yang tidak setuju dengan Uthman, dia lantas pergi ke sana. Di
sana dia telah memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berilmu dan bertakwa
sehingga dia dapat mempengaruhi dan memfitnah ramai orang. Setelah tipudayanya
dipercayai orang ramai, dia mula memeperkenalkan mazhab dan ajarannya. Dia juga
berkata: Umat Islam telah menzalimi Ali, merampas hak Ali dan hak khalifahnya.
Sekarang kalian semua wajib membantu Ali dan jangan memberi baiah kepada
Uthman. Dakyahnya ini diterima penduduk Mesir lalu mereka menentang Uthman” [Ihsan
Ilahi Zahir 2008: 36].
Ulamak ahli sunnah dan ulamak Shiah bersepakat bahawa Abdullah ibn Saba’
adalah orang yang pertama menanam benih fikrah dan akidah Shiah. Begitu juga
mereka bersepakat mengatakan bahawa Abdullah ibn Saba’ memang seorang yang benar-benar
wujud bukan khayalan atau dongeng. Antaranya Saad bin Abdullah al Qummi seorang
tokoh ulamak Shiah yang mati pada tahun 301 H mengakui hakikat kewujudan
Abdulah ibn Saba’. Ibnu Saba’ adalah orang yang pertama mencela dan melaknat
Abu Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat RA dan mengatakan tidak ada hubungan
dengan mereka. Dia mendakwa Ali yang menyuruhnya berbuat demikian. Al-Qummi
juga menyebut berita Abdullah ibn Saba’ mencela Abu Bakar, Umar, Uthman dan
para sahabat telah sampai kepada Ali lalu beliau memerintahkan supaya Ibn Saba’
di bunuh, kemudian ditukar perancangan supaya Ibn Saba’ dibuang negeri ke
al-Madain [Mohamad Ismail 2012: 12].
Kita telah bentangkan kebanyakan pendapat tentang kelahiran Shiah, serta
kita telah membincangkan apa yang perlu dibincangkan. Apa yang dapat dilihat
ialah Shiah sebagai suatu akidah dan pemikiran, tidak lahir sekali gus. Ia
berkembang mengikut peredaran masa dan melalui beberapa peringkat.
Walaubagaimanapun, bibit-bibit kelahiran kefahaman Shiah dan asal usul prinsipnya
lahir pada tangan puak-puak Shiah Saba’iyyah melalui pengakuan buku-buku
muktabar Shiah sendiri yang mengatakan bahawa Ibn Saba’ adalah orang yang
pertama mengatakan wajib bagi Ali RA menjadi imam dan Ali adalah orang yang
diwasiatkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi imam, seperti yang telah
disentuh sebelum ini.
Beberapa peristiwa yang terjadi seperti peristiwa Perang Siffin, Majlis
Tahkim, pembunuhan Ali dan anaknya Hussain RA, tidak memberi ruang untuk
pegangan-pegangan ini berkembang. Semua peristiwa-peristiwa tadi, menyebabkan
hati-hati dan perasaan umat Islam menyebelahi ahlu al-bait[Al-Athrasy
2012: 16].
Peristiwa yang berlaku terhadap ahlu al-bait seperti di
atas, merupakan faktor yang mendorong kepada kefahaman تشيُّع terhadap ahlu
al-bait. Perasaan simpati dan belas kasihan terhadap apa yang berlaku
kepada ahlu al-bait adalah perasaan setiap umat Islam. Tetapi
musuh-musuh Islam yang menunggu-nunggu peluang telah mengambil kesempatan ini
untuk melaksanakan tipu muslihat mereka melalui pintu ini dan menyebarkan pecah
belah di kalangan umat Islam. Dengan cara ini, mereka berjaya mencapai matlamat
yang tidak mampu mereka capai dengan cara kekerasan dan senjata. Melalui
fahaman تشيُّع ini, penganut umat lain, mereka yang sentiasa
menunggu untuk menghancurkan Islam dan mereka yang memusuhi Islam menyerap
masuk. Mereka mula mengasaskan prinsip-prinsip yang bersumberkan agama mereka
dan menghiasinya dengan pakaian-pakaian Islam; sebagaimana yang kita akan lihat
dalam tajuk sumber prinsip تشيُّع [ibid 2012: 17].
Kesimpulannya, golongan dan fahaman Shiah ini mula lahir pada akhir zaman
pemerintahan Uthman dan mula berkembang pada zaman pemerintahan Ali. Antara
faktor yang mendorong kelahirannya ialah usaha dakyah yang dilakukan oleh
Abdullah ibn Saba’. Ajaran Shiah ini sedikit sebanyak terdapa pengaruh ajaran
Yahudi. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kenapa akidah Shiah ini bertentangan
sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenar.
4.0 PANDANGAN SHIAH TERHADAP AL-QURAN
DAN HADIS
4.1 Al-Quran
Menurut al-Musawi [2007: 109] ulama Shiah beriktikad bahawa al-Quran yang
terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng.
Seorang ulama hadis Shiah mengumpulkan hadis dan pendapat ulama Shiah berkaitan
penyelewengan al-Quran dalam sebuah kitab yang besar berjudul :فصل الخطاب في اثبات تحريف كتاب رب الأرباب
Dr Musa al-Musawi turut menjelaskan bahawa akidah ini memang menjadi
pegangan ulama Shiah walaupun mereka tidak begitu ketara membincangkannya
kerana terdapat juga sebilangan ulama Shiah menyatakan sebaliknya. Menurut
beliau bahawa hadis-hadis mengenai penyelewengan al-Quran direka sewaktu
ketiadaan Imam diawal pertembungan dengan Sunnah [Abdull Rahman Mahmood 2013:
7].
Menurut buku Akidah Imamah di Sisi Shiah Isna Asyarah dan Kesan-kesannya
Terhadap Pegangan Ahli Sunnah pula [Wan Zahidi 2012: 106], ulama Islam telah
ijmak mengatakan bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Rasul-Nya SAW yang terpelihara dengan jaminan Allah Taala, ialah al-Quran yang
ada di tangan umat Islam di sepanjang zaman. Sesiapa yang beriktikad bahawa ia
telah ditambah, dikurangkan atau diubah dan diselewengkan, maka ia menjadi
kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Berikut merupakan pandangan
ulama Sunni terhadap Al-Quran [ibid]:
Ibn Abdul Al-Bir menyatakan:
وأجمع العلماء أن ما في مصحف عثمان وهو الذي بأيدي المسلمين اليوم في أقطار
الأرض حيث كانوا هو القرأن المحفوظ الذي لا يجوز لأحد أن يتجاوزه .
“Ulama Islam telah ijmak mengatakan
bahawa apa yang ada di dalam mashaf Uthman iaitu yang ada di tangan umat Islam
hari ini di mana sahaja mereka berada, ialah al-Quran yang terpelihara dan
tidak halal bagi sesiapa pun meninggalkannya”.
Berkata Al-Qadi Ibad dalam “الشفاء” :
اعلم أن من استخف بالقرأن أو كذب به ، أو بشيئ منه ، أو كذب بشيئ مما صرح به
فيه من حكم أو خبر أو أثبت ما نفاه ، أو نفى ما أثبته على علم منه بذلك ، أو شك في
شيئ من ذلك فهو كافر عند اهل العلم باجماع .
“Ketahuilah bahawa sesiapa yang
mempersendakan al-Quran atau mashaf, atau sesuatu daripadanya atau mendustakan
al-Quran atau sesuatu daripadanya atau mendustakan sesuatu hukum atau khabar
yang diterangkan dengan jelas atau mensabitkan apa yang dinafi atau menafikan
apa yang disabit oleh al-Quran ataupun ia syak pada sesuatu daripada perkara
tersebut, maka ia menjadi kafir dengan ijmak para ulama”.
Ibn Hazm menyatakan :
من قال إن القرأن نقص من بعد موت النبي صلى الله عليه وسلم حرف ، أو زيد فيه حرف أو بدل منه حرف فهو كافر خارج عن دين الإسلام ، لأنه خالف كلام الله عز وجل ، وسنن رسول الله وإجماع أهل الإسلام .
“Sesiapa yang berkata bahawa berlaku
kekurangan satu huruf pada al-Quran selepas kewafatan nabi Muhammad SAW atau
ditambah padanya satu huruf atau ditukar satu huruf, maka sesungguhnya ia
menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam,kerana ia telah menyalahi
firman Allah Azza Wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW dan ijmak ulama Islam”.
Berbeza dengan Shiah, mereka mendakwa al-Quran yang ada pada umat Islam
hari ini, bukan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi SAW. Bahkan mereka
mendakwa telah berlaku penambahan, pengurangan dan penyelewengan terhadap
al-Quran. Ia dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi SAW. Mereka mendakwa al-Quran
yang sebenarnya berada di sisi Imam Mahdi yang ghaib. Al-Quran sebenar akan
muncul bersama dengan Imam Mahdi di akhir zaman. Terdapat beratus-ratus riwayat
palsu yang disandarkan kepada imam-imam mereka berkaitan dengan penambahan,
pengurangan dan penyelewengan terhadap al-Quran, yang dilakukan oleh
sahabat-sahabat Nabi SAW [As-Sobuni 1970: 6].
Pada mereka juga, orang yang mengumpulkan al-Quran seperti yang diturunkan
oleh Allah Taala hanyalah Saidina Ali KW. Baginda(Ali) telah menzahirkan sekali
sahaja untuk menjadi hujah ke atas para sahabat sebelum menyembunyikannya.
Kemudian baginda menyerahkannya sebelum meninggal dunia kepada anaknya al-Hassan.
Selepas al-Hussin, seterusnya kepada imam-imam berikutnya sehinggalah sampai
kepada Imam Dua Belas yang dikatakan ghaib dan membawa bersamanya al-Quran yang
hakiki. “Al-Quran” ini akan dizahirkan ketika kemunculannya yang
ditunggu-tunggu itu [Wan Zahidi 2012: 107].
Berikut ialah nukilan tulisan-tulisan ulama Shiah mengenai dakwaan berlaku
penyelewengan pada al-Quran [ibid]:
Nikmatullah Al-Jazairi (512 M) menyebut dalam “الأنوار النعمانية” :
إن الأصحاب قد أطبقوا على صحة الأخبار المستفيضة ،بل المتواترة الدالة بصريحها
على وقوع التحريف في القرأن.
“Sesungguhnya ulama Shiah sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayat secara luas, malah mutawatir adalah sahih yang menunjukkan dengan terang berlaku perubahan pada al-Quran”.
على وقوع التحريف في القرأن.
“Sesungguhnya ulama Shiah sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayat secara luas, malah mutawatir adalah sahih yang menunjukkan dengan terang berlaku perubahan pada al-Quran”.
Abu Al-Hasan Asyarif dalam tafsirnya “مراة الأنوار” menyebut
:
إن القول بتحريف القرأن من ضروريات مذهب الشيع
“Sesungguhnya pandangan bahawa berlaku perubahan pada al-Quran adalah
merupakan antara pegangan yang asas dalam mazhab Shiah”.
Seorang ulama besar mereka Al-Husin bin Muhammad Taqiy An-Nuri At-Tabrasi
mengarang kitab khusus bagi membuktikan berlaku perubahan pada al-Quran yang di
beri judul:
صل الخطاب في إثبات تحريف كتاب رب الأرباب
“Kepastian kata dalam mensabitkan berlaku perubahan pada kitab “Rab Al-Arbab”.
“Kepastian kata dalam mensabitkan berlaku perubahan pada kitab “Rab Al-Arbab”.
Dalam mukadimahnya, beliau menyebut :
هذا كتاب لطيف ، وسفرشريف ، عملته في إثبات تحريف القرأن ، وفضائح أهل الجور والعدوان
“Ini adalah kitab yang sangat rapi pengolahannya, sebuah karangan yang mulia, aku tuliskan untuk membuktikan berlaku perubahan pada al-Quran dan mendedahkan keburukan golongan yang melakukan kezaliman dan tindakan permusuhan”.
“Ini adalah kitab yang sangat rapi pengolahannya, sebuah karangan yang mulia, aku tuliskan untuk membuktikan berlaku perubahan pada al-Quran dan mendedahkan keburukan golongan yang melakukan kezaliman dan tindakan permusuhan”.
Mengenai cara mengumpul al-Quran pula, Al-Kulaini menyebut riwayat daripada
Jaafar katanya:
ما أدعى أحد من الناس أنه جمع القرأن كله كما أنزل إلا كذب ، وما جمعه وحفظه كما نزله الله ألا على والأئمة من بعده .
“Mana orang mendakwa bahawa ia mengumpul al-Quran semuanya seperti yang diturunkan, dakwaannya adalah dusta.Tiada setiap yang mengumpul dan memeliharanya seperti yang diturunkan oleh Allah melainkan Ali dan imam-imam selepasnya”.
“Mana orang mendakwa bahawa ia mengumpul al-Quran semuanya seperti yang diturunkan, dakwaannya adalah dusta.Tiada setiap yang mengumpul dan memeliharanya seperti yang diturunkan oleh Allah melainkan Ali dan imam-imam selepasnya”.
Al-Tabrasi menyebut dalam kitabnya “فصل الخطاب” satu riwayat daripada
Al-Mahdi katanya:
لما انتقل رسول الله من دار الفناء ، وفعل صنما قريش ما فعلا من غصب الخلافة ، جمع امير المؤمنين القرأن كله ووضعه في ازار وأتى به إليهم وهم في المسجد فقال لهم : هذا كتاب الله امرنى رسول الله أن أعرضه عليكم لقيام الحجة عليكم يوم العرض فقال له عمر . فرعون هذه الأمة ونمرودها : لسنا محتاجيني إلى قرأنك فجمع أبو بكر ومن معه القرأن .
“Ketika Rasulullah SAW meninggal dunia
dan dua berhala Quraisy (Abu Bakar dan Umar) telah bertindak merampas jawatan
khalifah, Amirul Mukminin mengumpulkan semua al-Quran dan meletakkan dalam kain
lalu membawanya kepada para sahabat ketika mereka berada di masjid. Baginda
berkata kepada mereka : Ini kitab Allah. Rasulullah SAW menyuruh aku kemukakan
kepada kamu semua untuk menjadi hujah ke atas kamu di hari kiamat. Maka berkata
Umar – Firaun umat ini dan Namrudnya:- Kami tidak perlu kepada al-Quran kamu, lalu
Abu Bakar dan mereka yang bersama-samanya bertindak mengumpul al-Quran”.
Mengenai sifat al-Quran mereka, Al-Kulaini membawa riwayat daripada Jaafar
bin Muhammad katanya :
وإن عندنا لمصحف فاطمة ، وما يدريهم ما مصحف فاطمة مصحف فيه مثل قرأنكم هذا
ثلاث مرات والله ، ما فيه من قرأنكم حرف واحد .
“Dan sesungguhnya di sisi kami ada
mashaf Fatimah apakah yang mereka tahu tentang Mashaf Fatimah? Mashaf besarnya
tiga kali ganda daripada al-Quran kamu ini. Demi Allah, tidak terdapat di
dalamnya satu huruf pun daripada al-Quran kamu”.
Berikut ini dinukilkan pula contoh beberapa ayat yang menurut Al-Kulaini
terdapat dalam al-Quran mereka (perkataan dalam kurungan adalah daripada
tambahan mereka) :
“ومن
يطع الله ورسوله (في ولاية على والأئمة من بعده) فقد فاز فوزا عظيما” [الأحذاب :
61]
“سأل
سائل بعذاب واقع للكافرين (بولاية على) ليس له دافع” [المعارج : 201]
“واهجرهم هجرا جميلا وذرني (يا محمد) والمكذبين (بوصيك) أولى النعمة ومهلهم
قليلا” [المزمل : 10-11]
Contoh penyelewengan lain ayat al Quran [Mohamad Ismail 2012: 38]:
إن الله اصطفى ءادم ونوحا وءال إبراهيم وءال عمران على العلمين .
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (pada zaman masing-masing)
[Al-Quran 3: 33].
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (pada zaman masing-masing)
[Al-Quran 3: 33].
Berdasarkan ayat ini, Shiah telah mengatakan sahabat telah menghapuskan
perkataan keluarga Muhammad selepas perkataan keluarga Imran.
يأيها الرسول بلّغ مل أنزل إليك من ربك وإن لم تفعل فما بلّغت رسالته
Maksudnya: Wahai Rasul sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu, jika tidak engkau menyampaikan apa yang diperintah itu bererti engkau tidak menyampaikan amanahNya
[Al-Quran 5: 67].
Maksudnya: Wahai Rasul sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu, jika tidak engkau menyampaikan apa yang diperintah itu bererti engkau tidak menyampaikan amanahNya
[Al-Quran 5: 67].
Berdasarkan ayat ini pula, Shiah mendakwa sahabat telah menghapuskan
perkataan Ali selepas perkataan sampaikanlah apa yang diturunkan oleh Tuhanmu
kepadamu (tentang Ali).
Memandangkan pendirian mereka yang sedemikian, maka bagaimana pula umat
Shiah berurusan dengan al-Quran yang ada pada hari ini? Persoalan ini
diperjelaskan oleh An-Nuri At-Tabrasi dalamFaslul Khitob yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah sah daripada
imam kita bahawa mereka menyuruh membaca apa yang ada pada mashaf hari ini,
tanpa menambah dan mengurangkan sehingga muncul Imam Mahdi yang akan membaca
kepada manusia mengikut apa yang diturunkan oleh Allah dan dikumpulkan oleh
Amirul Mukminin. Kita dilarang membaca seperti yang diriwayatkan oleh
hadis-hadis kerana jika seseorang membaca berlainan daripada apa yang ada dalam
mashaf, ia akan terdedah kepada bahaya daripada mereka yang berlainan akidah.
Dan menggalakkan tindakan daripada pihak berkuasa, seterusnya mendedahkan
dirinya kepada kebinasaan. Oleh itu, imam-imam melarang kita daripada membaca
seperti yang diriwayatkan”.
Kenyataan ini mendedahkan bahawa hubungan umat Shiah dengan al-Quran yang
ada hari ini hanyalah bersifat sementara sahaja dan dilakukan atas dasar taqiyyah [Wan
Zahidi 2012: 109-110].
4.2 Hadis
As-Sunnah adalah sumber utama yang kedua selepas al-Quran yang diijmak oleh
ulama Islam wajib berpegang dengannya dalam menentukan hukum syarak. Di sisi
Ahli Sunnah, ia bermaksud: Apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang
terdiri daripada perbuatan, perkataan, dan takrir (perakuan). Tetapi di sisi
Shiah, Sunnah bukan sahaja yang terbit daripada Rasulullah SAW, tetapi juga
daripada imam-imam mereka yang maksum. Muhammad Reda Al-Muzafar menyebut dalam
kitabnya Usul Fiqh:
اما فقهاء الإمامية بالخصوص . فلما ثبت لديهم أن المعصوم من ال البيت يجرى
قوله مجرى قول النبي ، في كونه حجة على العباد واجب الاتباع فقد توسعوا اصطلاح
السنة الى ما يشمل قول واحد من الموصومين أو فعله أو تقريره ، فكانت السنة
باصطلاحهم : قول المعصوم أو فعله أو تقريره .
“Adapun ulama Fiqh Imamiyah secara
khusus. Manakala telah sabit di sisi mereka bahawa setiap Imam maksum daripada
Ahli Bait perkataannya sama dengan perkataan nabi daripada segi ayatnya menjadi
hujah ke atas sekalian hamba dan wajib diikuti. Maka mereka memperluas Istilah
Sunah kepada takrif yang meliputi perkataan setiap Imam maksum. Perbuatan dan
juga perakuannya, maka Istilah Sunah di sisi mereka ialah perkataan Imam
maksum, perbuatan atau perakuannya”.
Menurut Mohamad Ismail [Mohamad Ismail 2012: 40-41] dalam buku Sejarah,
Konsep dan Doktrin Shiah, Shiah meletakkan definisi hadis pada pandangan mereka
ialah semua perkataan, perbuatan atau pengakuan daripada al-maksum. Seorang
tokoh ulama Shiah berkata: “Sesungguhnya Shiah beriktikad bahawa imam-imam
adalah maksum, jadi semua hadis yang terbit daripada mereka adalah sohih, tanpa
ada syarat sanad atau rawi sampai kepada Nabi SAW. Hal ini adalah kerana
al-Imamah adalah penerus kenabian. Mereka tidak menerima perawi hadis daripada
generasi sahabat. Semua sahabat di sisi mereka adalah kafir. Bilamana mereka
mengkafirkan sahabat bermakna mereka menolak hadis mereka dan bilamana mereka
menolak hadis yang diriwayatkan oleh sahabat bermakna mereka menolak Islam.
Mereka tidak mengambil kira sebagai hadis yang sahih kecuali hadis-hadis
yang dinisbahkan kepada Ahlul Bait atau keluarga terdekat Rasulullah SAW sahaja
dan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang rapat hubungannya
dengan Saidina Ali dalam kegiatan politik [Salahuddin Abdullah 1980: 61-62].
Bagi mereka tiada perbezaan sama ada imam-imam tersebut masih di peringkat
umur kanak-kanak ataupun dewasa. Oleh yang demikian mereka menerima apa yang di
panggil hadis At-Tauqi’a iaitu jawapan bertulis yang dikatakan
datang daripada imam kedua belas masa Ghaibah Sughra. Imam ini
dikatakan ghaib ketika umurnya sekitar empat atau lima tahun. Khomeini dalam
bukunya Al-Hukumah Al-Islamiyah telah menyebut hadis ini
ketika berhujah menegakkan teori Wilayatul Faqihiaitu orang yang
layak memerintah umat manusia dalam masa keghaiban imam ialah para ulama Fiqh
daripada kalangan Shiah [Wan Zahidi 2012: 111].
Khomeini juga telah menyebut tentang hadis taukiq yang
dikatakan daripada imam kedua belas yang bermaksud :
“Adapun hukum mengenai
peristiwa-peristiwa yang berlaku, maka hendaklah dirujukkan kepada orang yang
meriwayatkan perkataan kami, kerana mereka adalah hujah aku ke atas kamu dan
aku adalah hujah Allah”.
Mengenai syarat bagi seseorang rawi (perawi hadis) untuk dapat
diterima hadisnya, mereka menambahkan syarat al-iman selain
daripada Islam, baligh, berakal, adil dan teliti. Jika
dilihatkan, makna mukmin itu sendiri di sisi Shiah ialah seorang
yang berpegang dengan akidah Imamiyah Isna Ashariyah. Maka natijah yang pasti
daripada syarat ini ialah hadis-hadis yang menjadi pegangan Ahli Sunnah tidak
ada nilai di sisi Shiah [ibid].
Hussin bin Abdul Somad al-Amili (ulama Shiah) menyebut dalam “وصول الأخيار إلى أصول الأخيار”
:
فصحاح العامة كلها وجميع ما يروونه غير صحيح
“Maka hadis-hadis sahih di sisi Ahli
Sunnah semuanya dan hadis yang mereka riwayatkan adalah tidak sahih”.
Doktor Muhamad Tijani As-Samawi dalam “فسألوا أهل الذكر” menyatakan
bahawa kitab hadis Bukhari dan kitab-kitab hadis yang lain (yang menjadi
pegangan Ahli Sunah) tidak mempunyai nilai di sisi Shiah. Berasaskan
fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka persoalan yang mungkin boleh
dikemukakan di sini ialah: Adakah di sana ‘lampu ajaib’ yang boleh
membantu mendekatkan antara Ahli Sunnah dan Shiah? [ibid].
5.0 PANDANGAN ULAMA AHLI SUNNAH
TERHADAP ISU SHIAH
Pandangan dan pendapat para ulama ini telah dipetik daripada buku Hukum
Ulama-Ulama Islam Terhadap Shiah [Ibn Umar 1987] :
i)Imam Syafi’e: “Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang
lebih penipu daripada golongan Shiah”.
ii)Imam Malik: Apabila ditanya Imam Malik tentang Shiah, maka beliau
berkata: “Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (Hadis)
daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu”. Dan apabila
diceritakan berkenaan golongan Shiah dalam majlis Imam Malik bahawa mereka
memaki sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Maka Imam Malik membaca ayat :
محمد رسول الله والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم تراهم ركّعا سجدا
يبتغون فضلا من الله ورضوانا سيماهم في وجوههم من أثر السجود ذلك مثلهم في التورىة
ومثلهم في الإنجيل كزرع أخرج شطئه فأزره فاستغلظ فاستوى على سوقه يعجب الزرّاع
ليغيظ بهم الكفار وعد الله الذين ءامنوا وعملوا الصالحات منهم مغفرة وأجرا عظيما .
Maksudnya: Muhammad adalah utusan Allah,
dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang
kafir, tetapi berkasih saying sesame mereka. Kamu melihat mereka ruku’ dan
sujud mencari kurnia Allah dan kerehaanNya. Pada wajah mereka Nampak
tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan)
dalam Taurat dan sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam injil, iaitu
seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat, lalu
menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya; tanaman itu menenangkan hati
penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati-hati orang kafir
(dengan perasaan marah dan hasad dengki) [Al-Quran 48:29].
Selepas itu berkata Imam Malik: “Sesiapa yang merasa marah apabila
membicarakan mereka (Shiah) maka ia telah benar-benar mengamalkan ayat
tersebut”
iii)Imam Abdullah Ibn al-Mubarrak: “Agama itu bagi ahli hadis, percakapan
dan pengkhayalan bagi ahli falsafah, dan penipuan bagi golongan Shiah.
iv)Imam at-Atthahawi: “Kita semua kasih terhadap sahabat-sahabat Rasulullah
SAW dan kita tidak meninggikan kasih terhadap seorang daripada mereka lebih
daripada yang berpatutan dan kita juga tidak mensucikan seseorang daripada
mereka daripada kesalahan. Kita memarahi sesiapa yang dimurkai oleh Rasulullah
SAW kerana kesalahan mereka. Kita tidak menyebut mereka melainkan dengan
kebaikan. Kasih kepada mereka adalah daripada agama, iman dan ihsan, dan
kemarahan terhadap mereka adalah kufur, munafik dan zalim”.
v)Doktor Mustapha Assibaei : Kaum Shiah itu masih berterusan berpegang
teguh dengan apa yang terdapat dalm kitab-kitab mereka tentang penuduhan berat
dan gambaran-gambaran yang penuh penopuan dalam masalah perbezaan pendapat
antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Tujuan mereka dalm mengajak kepada
pendekatan adalah seolah-olah pendekatan ahli sunnah kepada mazhab Shiah dan
bukannya pendekatan antara satu sama lain antara kedua mazhab itu.
Hampir-hampir seorang muslim itu kebingungan ke atas keberanian mereka yang
melampau ke atas Rasulullah SAW. Sekiranya tiada diketahui bahawa kaum Shiah itu
kebanyakannya berasal dari Parsi yang berselindung kononnya sebagai
penyokong-penyokong dan pembela-pembela Rasulullah SAW, nescaya mereka akan
terus membinasakan keaslian agama Islam atau sesiapa saja yang masuk Islam
tanpa kita sedari atas perbuatan-perbuatan mereka ini mereka tiada upaya
meninggalkan kesan-kesan dari agama mereka yang lepas. Oleh itu, mereka telah
mengubah agama Islam yang suci itukepada satu agama berbentuk keberhalaan yang
tiada beragak-agak untuk membohongi ke atas Rasulullah SAW.
vi)Al-Ustaz Abul Ala Maududi: Beliau telah memuji kitab yang ditulis oleh
Muhammad Kazem Habib yang bertajuk Kemurtadan Antara Dahulu dan Sekarang.
Apabila menyebut tentang Shiah al-Imamiah al-Ja’fariah, Muhammad Kazem telah
mengatakan bahawa mereka itu dalam pada dakwaan kesederhanaan mereka adalah
sesungguhnya berenang-renang di dalam kekufuran seperti sel-sel putih berenang
dalam darah atau seperti ikan berenang dalm air.
vii)As-Syeikh Mahmud al-Alusi: Dalam tafsirnya “Roh al-Ma’ani”, berkenaan
surah al-Fath ayat 29, al-Alusi mengkafirkan kaum Shiah dengan sebab memaki dan
menolak sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan berkata : Dalam kitab al-Muwahib
terdapat bahawa Imam Malik membuat hukum daripada ayat ini berkenaan dengan
kekafiran kaum Shiah yang membenci para sahabat. Bahawa sesungguhnya mereka
memarahi sahabat-sahabat dan sesiapa yang memarahi sahabat-sahabat, maka ia
kafir. Pendapat Imam Malik ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama.
viii)Imam Bukhari: Bagi aku sama sahaja,
apakah aku solat di belakang seorang Jahmi (beraliran
Jahmiyah) atau seorang yang beraliran Rafidhah atau aku solat di belakang Imam
Yahudi atau Nasrani. Dan seorang Muslim tidak boleh memberi salam kepada
mereka, mengunjungi mereka ketika sakit, kahwin dengan mereka sebagai saksi dan
memakan sembelihan mereka ([3]).
6.0
KARYA SHIAH MENGELIRUKAN UMAT
Tokoh-tokoh Shiah sangat suka mengusik
kepercayaan Sunni dengan menerbitkan buku-buku yang mengelirukan. Antaranya
buku yang berbentuk pengalaman peribadi seorang pengikut Sunni yang bertukar
kepada Shiah. Buku-buku ini telah banyak menipu orang ramai dengan pelbagai
maklumat palsu dan pembohongan yang nyata [Umar Muhammad Noor 2013: 27]. Antara
bukunya ialah:
- لماذا اخترت مذهب الشيعة مذهب أهل البيت؟ (Mengapa
Aku Memilih Mazhab Shiah, Mazhab Ahlul Bait?) karangan Syeikh Muhammad Mar’i
Al-Antaki
- الحقيقة الضائعة(Hakikat yang Hilang: Kisah Perjalananku Menuju
Mazhab Ahlul Bait)
karangan Syeikh Mu’tasim Sayid Ahmad Al-Sudani
karangan Syeikh Mu’tasim Sayid Ahmad Al-Sudani
- ثم اهتديت (Lalu Aku Mendapat Hidayah) karya Muhammad
Al-Tijani Al-Samawi
Teknik sebegini sebenarnya pernah dilakukan oleh bangsa Yahudi pada zaman
Rasulullah dahulu. Allah merakam ucapan mereka dalam firman-Nya:
وقالت طائفة من أهل الكتاب ءامنوا بالذي أنزل على الذين ءامنوا وجه النهار
واكفروا ءاخره لعلهم يرجعون.
Maksudnya: Sekumpulan daripada ahli
Kitab berkata : Berimanlah kepada agama Islam yang diturunkan kepada
orang-orang yang beriman pada awal siang, lalu kafirlah pada petang harinya.
Mudah-mudahan mereka akan kafir kembali
[Al-Quran 3: 72] .
[Al-Quran 3: 72] .
Kemudian Allah membatalkan ucapan mereka ini pada ayat 73 dengan mengatakan
bahawa sesungguhnya petunjuk yang sebenar-benarnya ialah petunjuk Allah.
Mereka (Shiah) ini turut berusaha merosakkan kepercayaan umat Islam
terhadap hadis Rasulullah dengan mencipta pelbagai dusta. Dalam kitab Shiah
yang bertajuk Mausu’ah Al-Asilah Al-Aqaidiyahterdapat riwayat Imam
Jaafar Al-Sadiq yang bermaksud: “3 orang yang telah berdusta atas Nabi: Abu
Hurairah, Anas dan seorang perempuan”. Seorang perempuan yang dimaksudkan di sini
berkemungkinan Aishah RA. Riwayat ini sudah pastinya dusta kerana Imam Jaafar
tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti ini. Bahkan beliau terbukti
meriwayatkan hadis menerusi sanad Abu Hurairah dan Aishah. Menurut Al-Zahabi,
beliau juga turut berjumpa dengan Anas ibn Malik [Umar Muhammad Noor 2013: 23].
Antara buku yang mendustakan hadis Nabi ialah [ibid: 23-28]:
- Bertajuk Abu Hurairah karya Abdul Husain bin Syarafudin Al-Musawi bagi
melahirkan keraguan terhadap peribadi Abu Hurairah.
- Juga bertajuk Abu Hurairah ditulis Mahmud Abu Rayyah bertujuan merosakkan
imej Abu Hurairah.
- Adhwa’ `ala Al-Sahihayn ditulis bertujuan mengkritik
Sahih al-Bukhari dan Muslim.
Menurut pakar hadis mereka, Syahid al-Thani berkata: “Hadis sahih ialah
hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi imami (bermazhab
Imamiyah) yang adil dan teliti daripada perawi imamisepertinya juga
menerusi rantai riwayat yang bersambung meskipun ianya syaz”.
Selain itu, terdapat juga kitab berjudul المراجعات (diskusi) yang
ditulis oleh Abdul Husain Al-Musawi. Ia kononnya mengandungi perbincangan jarak
jauh antara Al-Musawi dengan Syeikh Salim Al-Bisyri pemangku jawatan Syeikhul
Azhar ketika itu. Namun diskusi itu sebenarnya dusta belaka. Beberapa karya
ulama telah ditulis bagi membantah dan menyingkap hakikat sebenar perkara
tersebut [ibid: 28]. Antaranya ialah:
-المراجعات المفتراة على شيخ الأزهر البشري oleh
Prof Dr Ali Ahmad Al-Salus
- السياط اللاذعات في كشف كذب وتدليس صاحب المراجعات oleh Abdullah bin Absyan
Al-Ghamidi
- البينات في الرد على أباطل المراجعات oleh Mahmud Al-Za’bi
- السياط اللاذعات في كشف كذب وتدليس صاحب المراجعات oleh Abdullah bin Absyan
Al-Ghamidi
- البينات في الرد على أباطل المراجعات oleh Mahmud Al-Za’bi
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Shiah merupakan golongan yang sesat, mempunyai fahaman yeng
berbeza daripada Ahli Sunnah, di mana mereka menganggap Ali bin Abu Talib lebih
berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka juga
mengkafirkan para sahabat yang lain. Kebanyakkan mereka tinggal di Iraq, Iran,
Pakistan dan lain-lain lagi. Penggunaan istilah Shiah juga ada disebut di dalam
al-Quran dan hadis. Di dalam al-Quran, perkataan Shiah diulang sebanyak 12
kali. Jika ditinjau melalui sejarah kelahiran Shiah, ia bermula
apabila tragedi terpecahnya pintu fitnah yang disebut Rasulullah sebagai Umar
Al-Khattab.
Ada sebahagian ulama’ Shiah seperti Syeikh Hashim dan Mihad Al-Hussin telah
berpendapat bahawa Shiah ini telah wujud pada zaman Rasulullah dan baginda
sendiri yang mengasaskannya. Ulama’ Shiah beriktikad bahawa al-Quran yang
terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini adalah kitab yang sudah diseleweng.
Shiah juga berpandangan bahawa Sunnah bukan sahaja yang terbit daripada
Rasulullah SAW, tetapi juga daripada imam-imam mereka yang maksum. Ada beberapa
pendapat ahli sunnah tentang Shiah, antaranya ialah Imam Syafi’e mengatakan
bahawa tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu
daripada golongan Shiah.
Shiah juga telah menulis beberapa karya untuk mengelirukan umat, antaranya
ialah buku yang berbentuk pengalaman peribadi seorang pengikut Sunni yang
bertukar kepada Shiah. Buku-buku ini telah banyak menipu orang ramai dengan pelbagai
maklumat palsu dan pembohongan yang nyata. Contoh bukunya ialah “Mengapa Aku
Memilih Mazhab Shiah, Mazhab Ahlul Bait?” karangan Syeikh Muhammad Mar’i
Al-Antaki. Melalui segala penerangan ini, ia akan memberikan kesan baik kepada
umat Islam supaya terhindar daripada ajaran Shiah yang membahayakan umat Islam.
DAFTAR KATA
SAW: Sallahu Alaihi Wasallam
RA: Radiyallahu Anhu
KW: Karramallahu Wajhah
ibid: ibidden
tth: tanpa tahun
RUJUKAN
Al-Quran al-Kareem.
Abdull Rahman Mahmood. 2013. Syiah Perjuangan atau Penyelewengan. Selangor.
Al-Athrasy. Ridhuan Jamal Al-Athrasy. 2012. Kelahiran, Prinsip dan Pegangan
Syiah: Satu Kajian dan Penilaian. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Al-Azhari. Muhammad ibn Ahmad Al-Azhari. 1964. Tahzib al-Lughah.
Jilid 3. Al-Qahirah.
Al-Musawi. Husain. 2007. I’tirafat Ulama al-Shiah. Dar
al-Haramain. Kaherah.
Al-Syahrastani. Abu Al-Fath Muhammad ibn Abdul Karim. 1982. Al-Milal
Wa Al-Nihal. Dar Al-Ma’rifah. Beirut.
As-Sobuni. Muhammad Ali. 1970. At-Tibyan fi Ulum al-Quran.
Darul Irsyad.
At-Tabrani. Sulaiman ibn Ahmad At-Tabrani. 1968. Mu’jam al-Kabir.
Jilid 1. Darul Bayan al-Arabi.
Ibn Duraid. Muhammad ibn Hasan ibn Duraid. 1987. Jamharah al-Lughah.
Jilid 3. Beirut.
Ibn Manzur. Muhammad ibn Mukram. 1966. Lisan al-Arab.
Al-Qahirah.
Ibn Umar. 1987. Hukum Ulama-Ulama Islam Terhadap Shiah. Virtue
Publications. Kuala Lumpur.
Ihsan Ilahi Zahir. 2008. As-Syiah wa as-Sunnah. Maktabah Bait
al-Salam. Kaherah.
tth. Perbezaan Aqidah antara Ahli Sunnah dan Syiah.
Selangor.
Muhammad Abu Zuhrah. 1996. Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah.
Dar al-Fikr al-`Arabi. Kaherah.
Muhammad Rabie. 1998. Akidatuna. Jilid 1. Al-Qahirah.
Salahuddin Abdullah. 1980. Asas-Asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas. Utusan
Printcorp. Kuala Lumpur.
Umar Muhammad Noor. 2013. Majalah Al-Ustaz. Telaga Biru. Malaysia.
Wan Zahidi Wan The. 2012. Akidah Imamah di Sisi Syiah Isna Asharah Dan
Kesan-Kesannya Terhadap Pegangan Ahli Sunnah Dan Jamaah. Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.
Zakaria Daud. 1996. Sejarah Kelahiran Syiah. Al-Ramadhan. Selangor.
Internet
http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/sejarah-hitam-syiah-laknatullah.html#axzz2j8Ugku9i. 29 Oktober 2013.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-fahaman-Shiah-0. 1 November 2013.
.jpg)

No comments:
Post a Comment