Future

Future

Saturday, 22 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Bismillah ....

Alhamdulillah ...finallly ana dapat buku yang di idamkan .....lagi beberapa chapter untuk ana habiskan novel cerita cinta Ahmad Ammar ini ...

Pengisian cukup mantap .Selepas ana habis baca , akan ana kongsikan sedikit isi kandungan dalam Novel Cerita CInta Ahmad Ammar ini .


Thursday, 20 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Bismillah

Alhamdulillah , hari ini dapat beli novel Cerita Cinta Ahmad Ammar .Target untuk baca 3 hari je .

Dunia Biarlah Berpenat 
Akhirat Tempat Aku Berehat
Perjuangan yang belum selesai

Jom pasang azam untuk menginginkan SYAHID !!

Ahmad Ammar engkau abangku

Tuesday, 18 February 2014

Looking Forward

Looking Forward

Looks are going far away gradually
My dream becomes fuzzy
I’m standing lost
I have nothing now
Although I want to give it all up
And start a new
Let's move carefully 

 Step by step
Filled with excitement and fear
Don’t tell me that it will end like this ?
Although fear always causes me to hesitate
Deep inside my heart
There is an echo that keeps pushing me forward

Step by step
I will move forward carefully like today
Filled with excitement and fear
Even if I stumble and fail
I will still move one step forward
When will i face my dream?

Step by step
I will move forward carefully like today
Filled with excitement and fear
Even though staggering and swaying
I will take that step
When will we meet
I am looking towards my dream
When can we meet
I am looking towards my dream

Thursday, 13 February 2014

SAY NO TO VALENTINE'S DAY


Bismillah salam jumaat salam sayyidul ayyam ...
hari ini jatuh tanggal 14/2/2014     [140214]

Valentine's Day ??
Perbuatan meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara' kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukan akhlak .Sesungguhnya meniru budaya Barat yang terpesong dan mencampurkan pekara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam .

Firman Allah :

Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Hai orang Kafir .Aku tidak akan menyembah aa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah ( Allah ) .Dan aku tidak akan beribadat secaa kamu beribadat dan kamu pula tidak akan beribadat secara aku beribadat , dan bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku ( Islam ) .

( Surah al- Kafirrun )

Dan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa larangan kita meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang mafhumnya :

Nuscaya kamu akan turut jejak langkah mereka ( Yahudi dan NAsrani ) sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak .Lantaran seorang sahabat bertanya : Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ? Baginda s.a.w menjawab : Siapa lagi kalau bukan mereka .

Sejarah Valentine

Valentine dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentin's Day bermula dari kematian tragis seorang paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang raja Romawi yang bernama Raja Caludius II ( 268-270 M )
Dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan , keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup . Maka wujudnya 14 Februari sebagai hari perlambangan dalam memeeperingati kematian St. Valentine dan  dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kritsian .

Dan Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran

Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jaan yang membawa kepada kerosakan .

( Surah Al-Isra' ayat ke 32 )

So , Islam telah memberikan garis panduan hidup yang lengkap berkaitan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam rangka syariat Islam .Kasih sayang kepada Rasulullah , ibu bapa , sahabat , keluarga , masyarakat sekelililng dan manusia sejagat yang semuanya bersandar kembali kepada kasih sayang kepada Allah .

Firman Allah s.w.t :

 Wahai kaumku !! Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenagan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari AKHIRAT itulah sahaja nergeri yang kekal .

( Surah Al- Ghaafir ayat ke 39 )

I am a muslim and i say no to valentine's day but yes to

 Palestine's Day 

Korg tahu apa itu valentine's day? Kalau x tahu jgn ikut. Pegi kaji dan siasat dlu.

Sbb firman Allah di dalam al quran: 

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan 

tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu 

akan diminta pertanggung jawabnya”. ( 17 : 36 )




Tuesday, 11 February 2014

Bekerja Bersama Aman Palestin

Bismillah

Ahlamdulillah ...sekadar perkongsian pada hari ni 

Terima kasih kepada akhi Hambali yang membantu ana untuk mendapat pekerjaan di Johor Bahru sebagai Aktivis dan Sukarelawan Aman Palestin selepas tamat pengajian di Pusat Asasi UiTM Puncak Alam bulan 4 ni .

JOM ramai2 kita menderma untuk Aman Palestin .

Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web Aman Palestin

http://www.amanpalestin.net/


Friday, 7 February 2014

MABIT DAN DAURAH DI PEJABAT AMAN PALESTIN SHAH ALAM

Bismillah pembuka coretan pada hari ini

Sudah sekian lama ana tidak menulis di blog , merasa satu kerinduan untuk tidak berkongsi pengalaman atau cerita yang ana sendiri alami .

Semalam , ana bersama ikhwah yang lain ada program Malam Bina Iman dan Taqwa ( MABIT ) dan Daurah berkenaan buku Isti'at .

Lebih kurang 20 orang bertandang di Pejabat Aman Palestin Seksyen 16 Shah Alam . Program bermula dengan sesi taaruf .Dapat berkenalan dengan orang2 yang hebat dalam akademik dan dakwah . Kebanyakannya lepasan Al-Azhar , Mesir .Selepas itu , Tadabbur surah al-Mukminuun .Banyak ilmu yang dapat . Antaranya :

1) Antara ciri2 orang beriman yang berjaya ..ada dalam ayat 2- 10 ...Allah sudah memberikan garis panduan untuk kita berjaya di dunia ini .

2) bagaimana Allah perintahkan supaya kita membalas kejahatan terhadap kita dengan sebaik-baik balasan

Then , tidur pukul 1 pagi ...Ada tugas untuk berjaga  . Ana ditugaskan jaga pukul 4.00 pagi sebelum program Qiamullail jam 5 pagi .Pagi itu ada seorang ikhwah ( Fahmi ) yang tidak dapat tidur since jam 2 pagi .So , ana teruskan dengan Isya' ana yang lewat dan beberapa solat sunat . Fahmi lihat ana solat , dia pon terus ambil wudu' dan solat sunat Tahajjud juga . Kemudian ana teruskan dengan bacaan al-Quran secara perlahan sahaja , namun selepas selesai Fahmi solat , dia minta ana untuk bacakan dia separuh juzk .Ana pon hanya menbaca surah al-Waqiah , al-Mulk , An-Naba' , dan beberapa surah dan separuh juzk 30 .

Terkilan bila mana dia terus menghayati  kerana Fahmi masih bertatih membaca al-Quran .Namun semangat dia untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran .Dia sangat suka dengar bacaan ayat suci al-Quran .Semangat Fahmi untuk mendalami ilmu al-Quran .

QIAM bermula dengan solat sunat Tahajjud sebanyak 4 rakaat .Kemudian , yang buat ana teruja ialah Imam Subuh diimami oleh Vokalis Fetya , Akhi Muawwis .Dapat berkenalan dengan akh Muawwis yang awesomes .Then mathurat dan tazkirah by Ustaz Farhan .

Sarapan disponsor oleh ikhwah2 ..huihuih Syukran lakum ..then Daurah start jam 9 pagi ...
Membincangkan tentang buku Isti'ad 

Ilmu yang cukup bermanfaat.Then berjumpa dengan ikhwah Aman Palestin .Beliau menceritakan bagaimana delegasi yang dihantar ke Gaza dan Syria .Bila ditanya , boleh ke mahasiswa sepeti ana untuk pergi bersama Aman Palestin ke Gaza .Jawabnya BOLEH namun perlu di INTERVIEW dulu .Fikir aku , hope aku boleh diterima .Akan ku kejar untuk pergi ke GAZA .Andai takdir aku SYAHID di sana aku GEMBIRA .andai aku SYAHID di SYRIA aku GEMBIRA .Sekurang-kurangnya aku ingin menjejakkan kaki ke GAZA dan SYRIA .