Ya Maulana Ya Rasulullah
” Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamaya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku”
(Hadist riwayat Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha’ – no: 1619)
Ini kata-kata Rasulullah yang harus kita genggam kuat ..
Saat diri ini rasa kesunyian
Ku dengar dendangan lagu yang memuji Baginda
Sayu bila mana membaca kisah yang mana Nabi merindui kita...
Di kisahkan pada satu hari ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabat. Lalu baginda bertanya kepada para sahabat r.anhum
ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada sahabat.
“siapakah yang paling ajaib imannya?”
Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”
Baginda menjelaskan, ”bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, ”Para nabi..”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas Rasulullah..
” Mungkin kami…” celah seorang sahabat…
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah menyangkal..
“kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang sahabat..
“kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…
Rasulullah menundukkan pandangan Baginda daripada para sahabat seketika .Salah seorang sahabat melihat air mata Baginda yang membasahi janggut Baginda .Rasulullah menyatakan betapa rindunya Baginda pada umatnya .
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Siapa tak rindu pada Baginda .Bila mana mendengar kisah Baginda terus jatuh cinta pada Baginda .Moga kelak kita dapat berjumpa dan berpeluk tanda rindu kita pada Baginda

.jpg)

No comments:
Post a Comment