Future

Future

Monday, 7 October 2013

Alhamdulillah , hari ini ana akan pulang ke johor bahru untuk cuti semester .Allah..... bila detik perpisahan bersama rakan , seakan -akan rindu untuk berpisah . Meski kita hanya baru empat bulan berkenalan , namun ana dapat rasakan iktan ukhuwah yang erat bersama antum semua .Hanya satu sahaja yang ana harapkan daripada persahabatan ini .Hanyalah reda Allah yang menguatkan ukhuwah antara kita . 

Rasullulah s.a.w bersabda : di akhirat kelak ada sepuluh golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah ...antaranya " Seorang Muslim yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya hanya kerana Allah "

Itulah yang sering kali ana titipkan dalam doa ana agar semua persahabatan yang terjalin mendapat reda Nya. 

Semalam , ana berkenalan dengan ikhwah2 baru di klang .Semua hebat2 belaka , terasa diri ini masih jahil akan ilmu agama . 
1) Muhammad Danial Izwan - Pelajar Degree Farmasi UiTM Pncak Alam  " First Impression bila lihat akhi Danial .Dia seorang yang bijak berfikir .Dia seorang yang pandai membuahkan akal fikiran "

2) Akhi Asyraff - Pelajar Degree International Bisness UiTM Puncak Alam Semester ke-3 " First Impression " Dia seorang yang agak bersopan santun ,agak pemalu (macam ana laaa.hhe ), dia seorang yang agak berhemah "

3) Akhi Saiful panggil sepu jew hhe - Sudah bekerja tapi still dalam medan dakwah lagi "Akhi saiful seorang yang agak peramah , pandai membuat lawak ,pandai mengambil hati ikhwah lain ."

Alhamdulillah bila kenal ikhwah2 ni terasa semangat ukhuwah yang baru untuk terus bangun dalam medan jihad ini . Meski kita sibuk menuntut ilmu , namun kita masih ada tugas untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran .

Insya Allah .sekejap lagi ana akan bertolak ke Johor Bahru ..ana tak sabar untuk bertemu dengan ikhwah2 JB ana .miss u olls ketat2 .hhe .

sampai di sini sahaja unutk kali ini .
>_< WASALAM >_<
" salam UKHUWAH "

Sunday, 6 October 2013

Assalamualaikum .meski ana sibuk dengan exam biologi esok , di sini ana hendak kongsikan satu kisah yang menghayat hati ana .Kisah seorang anak kecil yng hebat dari kita .Hope semua boleh ambil iktibar dari kisah ini .

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” “Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. 

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinarsinar ,anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.  Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan
selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari
mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut. Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah. Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”. “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selamalamanya di dalam neraka” Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah.Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR! Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari
apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Friday, 4 October 2013

( kISAh SeBENaR dARIpADA sEORaNG lELaKi )

wahai sahabat sekalian 
hati ini tergerak untuk menulis warkah ini

Pada suatu hari , seorang lelaki ( ketua pelajar :abu turab ) telah melihat seorang wanita ( arra ) ,junior di sekolahnya .
Arra ini seorang yang pandai membaca al-Quran .Malahan di luar beliau memakai purdah untuk menghalang manusia untuk melihat wajahnya.
Sebab apa dia pakai ,kerana dia sememangnya cantik .Namun dia juga seorang yang garang dan tegas dengan lelaki .
itu yang menyebabkan lelaki tidak berani untuk mengusik beliau .Beliau tegas dalam urusan agama .Bahkan tahajjud beliau SUPERB .
Satu hari sebelum  peperiksaan SPM menjelma , Abu  Turab ini cuba untuk mengatakan cintaNya pada ARRA melalui pengantaraan sahabat baik wanita inni.
ABU TURAB terkejut kerana ARRA juga sebenarnya sudah lama menyukai lelaki ini .Namun disebabkan nafsu , ABU TURAB terus menerus menulis surat kepada ARRA .
Sehingga satu hari sahabat baik lelaki ini ( akhi Khalid ) mengetahui perkara ini .Lalu KHALID menulis surat kepada ABU TURAB dan menjauhkan diri daripada ABU TURAB selama dua hari.
Tatkala ABU TURAB membaca warkah daripada sahabatnya , dia menangis dek terkenang dosa yang dia sedang lakukan .Lalu lelaki ini menjumpai sahabatnya dalam keadaan menangis lalu meminta nasihat dan tunjuk ajar .
KHALID berpesan " Kau sayang dia tak ? " Lelaki itu jawab " sayang sangat " .Kalau kau sayang dia , lebih baik engkau jangan kotorkan kesucian dia sebelum dia menjadi isteri kau "
ABU TURAB tersentap kerana mengetahui bahawa meski menulis dalam warkah cinta .Ianya ZINA HATI .
Lalu ABU TURAB tidak lagi menulis surat kepada wanita ini tanpa menyatakan sebab .Selepas tamat kertas Biologi .ABU TURAB mendapat sepucuk surat daripada sahabat baik wanita ini (FAKHRIYAH) .
Sahabat wanita ini berkata bahawa 
" wahai ABU  TURAB , saat engkau menjawab peperiksaan SPM ,aku nampak ARRA sedang membaca surah yasin untuk engkau . Setiap malam arra akan mengejut aku untuk bangun tahajjud . Untuk pengetahuan kau , arra ada menghidap BARAH OTAK .so aku harap kau doakanlah untuk kesihatan dia "

ABU TURAB bagaikan shock sebab dengar wanita ini sedang sakit rupanya .Namun nampak dia makin gagah je .Kemudian ABU TURAB memberitahu sahabat baiknya tentang perkara ini .
ABU  TURAB bagaikan terpacu kerana sebenarnya sahabat baiknya sudah mengetahui perkara itu sebelumnya kerana sahabatnya menulis surat kepada wanita itu supaya jangan menulis surat kepada lelaki itu.
Malam itu lelaki itu diam dan bersendirian .Beliau menangis dan memohon pada Tuhan agar insan yang dia sayang selamat daripada penyakit itu .
Sebelum malam perpisahan antara pelajar senior dan junior .ABU TURAB telah memberikan al-Quran biru yang sering digunakan olehnnya daripada form 1 -5 kepada ARRA agar dia boleh ingat pada lelaki itu .
Dan ABU TURAB menerima SEJADAH yang digunakan oleh ARRA untuk bangun tahajjud .ARRA menulis warkah yang terakhir kepada lelaki ini .
"wahai ABU TURAB , sesungguhnya cinta Allah itu mengatasi cinta aku padamu .Namun fitrah seorang manusia untuk jatuh cinta pada manusia .Dan aku telah SILAP .kerana cnta yang aku terima tidak HALAL bagiku .Aku hadiahkan sejadah tahajjudku padamu agar engkau bangun malam untuk menyembah sang Pencinta sebelum engkau mencintai aku .
Al-Quran yang engkau beri akan aku gunakan untuk menjadi saham pahala untukmu .Aku minta maaf sebab tidak memberitahu tntang penyakitku ini .Aku tidak mahu kau risau tentang aku waktu kau sedang menghadapi peperiksaan .sesungguhnya risaumu itu lebih elok pada pelajaranmu sahaja .In syaa Allah kalau ada jodoh kita akan bersua jua suatu hari nanti .
-arra-

ABU TURAB lantas menulis surat kepada ARRA sebelum ARRA itu pulang ke rumah 
"wahai arra , sesungguhnya tidak pernah aku merasai perasaan ini sebelumnya kerana katamu membuatkan aku sedar yang aku masih perlukan tarniyah terima kasih kerana MENOLAK cinta yang tidak suci daripada aku .Moga engkau cepat sembuh dan selamat dalam pembedahan itu nanti .
sesungguhnya aku ingin nyatakan dua buah lagu yang aku minat iaitu INSAN BERNAMA KEKASIH dan PERMATA YANG DICARI .dan aku mengetahui daripada sahabat baikmu bahawa engkau juga meminati lagu yang sama "
terima kasih sekali lagi kerana MENOLAK perasaan ini kerana perasaan ini belum cukup untuk sang Pencinta .

Kini lelaki itu sedar tumpuan dia yang sebenar selepas kejadian itu , meski lelaki itu kadang kala teringat akan wanita itu .Namun dia cuba tabah dan lupakan sementara perasaan itu .
lelaki itu mengadu pada naqibnya ( abang bimbingan ) tentang perasaannya .
Naqibnya berkata "
Wahai si fulan , sesungguhnya tiada yang lebih indah melainkan cinta selepas nikah .Belajarlah dahulu .In syaa Allah kalau suatu hari nanti bila fulan dah bersedia .Abang akan tolong pinangkan untuk fulan .
tak pon nanti beritahulah ayah fulan .hhe .kalau rindu sangat pada arra .hadiahkan dia al-Fatihah .dan bangun dan SOLAT TAUBAT lah fulan .kerana hatimu sudah mula diisi dengan bisikan iblis yang cuba mengalihkan cinta kau padaNYa kepada cinta kau pada manusia .

tiba2 seseorang text ABU TURAB , beliau memperkenalkan diri sebagai DR Fairuz ,doktor pakar otak daripada KL .
ABU TURAB kaget sebab bagaimana Dr ni boleh dapat no dia .Lalu Dr Fairuz berkata
"ABU TURAB , ARRA sekarang ada di hospital swasta KL . Dia seorang yang tabah kan .Sebelum dia memulai proses pembedahan dia meminta saya untuk memberikan dia sebuah kotak yang dia sendiri telah sediakan .
Selepas pemedahan , dia tidak sedarkan diri buat sementara waktu .So , saya cuba lah bukak apa dalam kotak itu .Di dalamnya terdapat sebuah Diari dan gambar kawan2nya . Untuk pengetahuan ABU TURAB , ARRA mengalami barah otak pada bahagian memori .
So after pembedahan mungkin dia akan tidak ingat akan masa lampaunya .Lalu saya terpandang atu frame ada gambar seorang lelaki .Selepas ARRA sedar saya bagi kotak itu padanya .Tapi sebelum  itu saya selidik siapa orang dalam gambar itu .Rupanya awak ABU TURAB.
Saya tanya dia kenal tak orang dalam gambar ini .Arra kata "tidak .Tapi dia macam kenal sebab dia macam ada kenangan .lalu ARRA pengssan mungkin sebab dia paksa untuk ingat .Yang membanggakan saya ialah .waktu dia sedar .ARRA meminta tudungnya.
ARRA berkata bahawa rambutnya hanya milik suaminya sahaja .ARRA tidak dapat bangun kerana badannya masih lemah .UNTUNG awak dapat wanita sekuat ARRA .Meski dia lemah namun dia tidak pernah malas untuk solah DHUHa .
Saya seorang doktor pakar OTAK dan saya yang membiayai semua kos rawatan ARRA sebab saya nampak ARRA lan daripada yang lain .Kini saya akan berpindah ke IRELAND untuk menyambung pelajaran saya .
Salam perkenalan . -  DR FAIRUZ -
Lelaki itu menangis kerana tanda syukur ARRA selamat meski ARRA tidak ingat padanya .tapi dia YAKIN bahawa jika ada jodoh antara dia dan ARRA .Allah akan pertemukan mereka suatu  hari nanti .

Dan kini ABU TURAB, bersungguh2 melupakan ARRA meski kadang2 ABU TURAB merindui ARRA tatkala mendengar lagu kegemaran mereka .



" INGATLAH tiada istilah cinta Islamik , yang ada hanyalah cinta yang halal "
mungkin orang kata bercinta selepas nikah tak bahagia .Itu dek kerana orang pilihan kita itu tidak mendapat tarbiyah yang sebenar .
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik .Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
So cuba jadikan diri itu yang terbaik before mencari yang terbaik .


Thursday, 3 October 2013

Pentingnya Ilmu Untuk Berjihad

Adakah perlu aku pada belajar !!
Aku hendak berjuang di jalan Allah .
Aku hendak berjihad !!

Sabar dulu adik -adik
Sememangnya semangat jihad perlu ada dalam diri kita .Akan tetapi kita perlu ingat belajar juga sebahagian daripada jihad kecil
Kita perlu ingat mungkin jasa kita dalam bidang pendidikan dan kemahiran kita
Mungkin rezeki mereka dapat berjihad dalam peperangan .Kalau tak ada kita .Siapa yang akan membangunkan pemikiran Umat Islam .

"Menuntut ilmu wajib bgi setiap Muslim "

Justeru , wajib ke atas kita untuk menuntut ilmu .In sya Allah , dengan pemikiran dan ilmu yang kita pelajari itu dapat membantu umat Islam .
Ilmu sesuatu yang penting .Tanpa ilmu , Ke mana Aqidah kita hari ini .??? Ke mana Ibadah kita hari ini.????
Ingat adik2 , semangat jihad memang perlu sangat ada .Apa yang mampu kita sumbangkan mungin Doa dan kewangan yang sedikit .
Mungkin kita tak mampu berikan beribu-ribu mahupun berjuta-juta .Tapi adik2 ingat lah bahawa yang sedikit itu tai kita lakukan dengan ikhlas , akan mendapat pahaa daripada Allah s.w.t
Adik2 , belajar lah rajin-rajin .Mungkin kita banyak bergelak ketaa sedangkan ikhah kita di sana sedang bejuang mati-matian untuk agama Kita (Islam).
Ktalah pemuda -pemuda Islam yang akan bangkit dan yang akan menyahut seruan Ilahi .In sya Allah , kita rezeki kita ,kita akan dapat berjuang dalam perang menentang pihak kafir.
Adik2 
Ingatlah mungkin kita sibuk sangat dengan dunia yang hanya sementara sangat ini. Ingatlah adik2 meski kita sibuk dengan dunia .Pastikan sesibuk kita itu untuk umat dan Islam

Engkau Pengejar RedaNya


Dikau seorang yang tabah .
Tatkala manusia sibuk dengan kemewahan
Engkau sujud mencari cintaNya
tatkala manusia alpa dengan dunia
engkau rukuk tunduk pada Pencipta dunia
tatkala manusia lena dibuai mimpi indah
engkau bangkit berkhalwat demi redaNya
Meski dikau sang Hawa 
Namun sufimu tinggi
Dikau menolak cinta manusia
Dek dikau merasai cinta engkau hanya untuk Dia
Doamu padaNya menjadi panduan sang pencari RedaNya

wahai Tuhan ,
aku tidak sehebat mereka 
Namun aku berusaha untuk itu
Justeru engkau dekatkanlah aku padaMu 

Wahai Tuhan sang Pencipta
Saat aku perit menahan sakit kepala ini
Engkau mengajar aku untuk tetap sujud padaMu
Kelewatan seminit aku menambah perit sakit ini
Engkau mendidik aku untuk terus sujud padaMu ..
Hanya satu yang aku pinta ya Robb
Jika sakit ini dapat menghapuskan dosa2 aku yang lalu ,dan mengingatkan aku padaMU .maka engkau tambahkanlah dan kekalkanlah agar aku senantiasa Ingat dan memohon padaMu
Engkau berfirman bahawa Engkau merindui rintihan hambaMu
Justeru , engkau kekalkanlah sakit ini agar aku senantiasa memohon dan merintih hanya padaMU

INI ANTARA DOA RABIATUL ADAWIYAH di dalam DOAnya : " in syaa Allah .sama2 kita amalkan..

Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

_ pencari redaMu_