Bismillah salam jumaat salam sayyidul ayyam ...
hari ini jatuh tanggal 14/2/2014 [140214]
Valentine's Day ??
Perbuatan meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara' kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukan akhlak .Sesungguhnya meniru budaya Barat yang terpesong dan mencampurkan pekara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam .
Firman Allah :
Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Hai orang Kafir .Aku tidak akan menyembah aa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku sembah ( Allah ) .Dan aku tidak akan beribadat secaa kamu beribadat dan kamu pula tidak akan beribadat secara aku beribadat , dan bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku ( Islam ) .
( Surah al- Kafirrun )
Dan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa larangan kita meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang mafhumnya :
Nuscaya kamu akan turut jejak langkah mereka ( Yahudi dan NAsrani ) sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak .Lantaran seorang sahabat bertanya : Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ? Baginda s.a.w menjawab : Siapa lagi kalau bukan mereka .
Sejarah Valentine
Valentine dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentin's Day bermula dari kematian tragis seorang paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang raja Romawi yang bernama Raja Caludius II ( 268-270 M )
Dari kisah ini mereka telah mengabdikan St.Valentine sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan , keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup . Maka wujudnya 14 Februari sebagai hari perlambangan dalam memeeperingati kematian St. Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kritsian .
Dan Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran
Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jaan yang membawa kepada kerosakan .
( Surah Al-Isra' ayat ke 32 )
So , Islam telah memberikan garis panduan hidup yang lengkap berkaitan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam rangka syariat Islam .Kasih sayang kepada Rasulullah , ibu bapa , sahabat , keluarga , masyarakat sekelililng dan manusia sejagat yang semuanya bersandar kembali kepada kasih sayang kepada Allah .
Firman Allah s.w.t :
Wahai kaumku !! Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenagan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari AKHIRAT itulah sahaja nergeri yang kekal .
( Surah Al- Ghaafir ayat ke 39 )
I am a muslim and i say no to valentine's day but yes to
Palestine's Day
Korg tahu apa itu valentine's day? Kalau x tahu jgn ikut. Pegi kaji dan siasat dlu.
Sbb firman Allah di dalam al quran:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggung jawabnya”. ( 17 : 36 )

No comments:
Post a Comment