لو كان بيننا الحبيب
Kewafatan Rasulullah s.a.w merupakan kehilangan yang amat besar kepada umat Islam daripada dahulu sehingga ke hari ini.
“Allahumma solli ‘ala muhammad,” Daku mengucap selawat berkali-kali sebagaimana yang diriwayatkan. Kerinduan untuk bertemu Rasulullah s.a.w meresapi jiwaku, memenuhi kolong hatiku. Hasratku ingin bersua dengan baginda s.a.w, namun apakan daya, takdir telah tertulis bahawa lahir aku ke dunia, Rasulullah s.a.w sudah pun lama pergi menemui Kekasihnya, Allah Rabbul Jalil.
Sering kali aku berharap agar aku dipertemukan dengan Rasulullah di dalam mimpiku. Jika aku tidak mampu melihat baginda tatkala jantungku masih berdegup Engkau pertemukanlan aku dengannya di SyurgaMU ya Allah

No comments:
Post a Comment