Future

Future

Sunday, 21 July 2013

Iktikad menurut Kamus Dewan Bahasa danPustaka bermaksud kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan rukun Iman . Acap kali kita melihat di kaca televisyen pengakuan manusia sebagai seorang Nabi Melayu dan ada juga yang mengaku sebagai tuhan . Nauzubillah. Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita dimana seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun . Beliau , Harun Mat Saat , 48 , mengaku sebagai Tuhan Harun untuk zaman sekarang . Hati merupakan sesuatu yang perlu dijaga agar kita tidak terpesong dan kufur daripada landasan Islamiah yang sebenarnya . Dalam hadis Rasulullah s.a.w. dari Nu’man Bin Basyir berkata : Saya mendengar Baginda bersabda yang bermaksud ;

Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging  (segumpal darah ), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota , itulah HATI .

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)             

Jika hendak di bandingkan Iman para sahabat dengan Iman manusia akhir zaman bagaikan langit dengan bumi . Manusia akhir zaman lebih suka menanyakan soalan yang mampu menimbulkan keraguan tentang keesaan Allah s.w.t. Sebagai contoh , mereka mempercayai bahawa alam ini qadim .Sedangkan Allah sudah berfirman dalam surah al Ikhlas :

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad )Dialah tuhan ( Allah ) yang Maha Esa . Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk memohon ssebarang hajat . Dia  tidak beranak dan tidak pula diperanakkan . Dan tidak ada sesiapa pun yang sama dan sekutu dengan Allah .

Dalam surah ini, Allah telah menegaskan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dan dipatuh melainkan Allah .Dalam surah al-Fatehah ayat ke- 5

Yang bermaksud : Engkaulah sahaja         ( wahai Allah ) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan .



Antara iktikad yang bercanggah dengan syarak :
      i.        Iktikad bahawa alam ini qadim , tidak ada penciptanya , atau alam ini kekal selama – lamanya.

    ii.        Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikanoleh Rasulullah s.a.w

   iii.        Iktikad bahawa tidak ada dosa dan pahala , tidak ada syurga dan neraka , tidak ada kebangkitan hidup semula sesudah mati , tidak ada hari kiamat dan segala perkara yang akan berlaku padanya.

   iv.        Berbalik – balik hati antara hendak menjadi kafir atau tidak , atau bercita – cita hendak menjadi kafir pada massa yang akan datang .