ISU JEMAAH ISLAMI DI BANGLADESH
Kenapa isu ini tidak hebih di media massa sedangkan ini berkaitan dengan isu Ummat Islam .Islam sekarang terang - terangan di TINDAS sedangkan agama lain BEBAS menyamppaikan dakyah mereka .Berikut merupan ulasan daripada Naib Presiden ABIM .
Oleh: Jufitri Joha
Naib Presiden Antarabangsa ABIM
Bangladesh merupakan negara ketiga terbesar mempunyai
populasi penduduk yang tinggi di kalangan negara Islam. Ia merupakan antara
negara miskin di dunia namun mempunyai potensi yang cerah untuk maju kehadapan.
Tidak banyak berita berkenaan negara ini dipaparkan di dada –dada media
Malaysia menyebabkan pengetahuan tentang perkembangan terkini di sana jarang
diketahui. Tambahan pula ia bukan merupakan berita yang menarik untuk diikuti
mungkin disebabkan negara Bangladesh bukanlah sebuah negara menjadi tarikan
utama pelancong tambahan pula imej sosial pekerja Bangladesh di Malaysia yang
biasanya dikaitkan dengan imej pendatang.
Justeru perkembangan terkini khususnya berkaitan
rekod hak asasi Bangladesh jarang kendengaran kecuali terlalu amat sedikit di
media arus utama Malaysia. Jika ada sekalipun agak sukar untuk difahami perkara
sebenarnya berlaku di sana kerana tiada penjelasan punca sebenarnya berlaku
tragedi tersebut.
Pihak yang memelihara dan mempertahankan konsep
kemuliaan insan atau “karamatul insan’ amat memandang serius tentang
perkembangan terkini berkaitan keadaan politik dan hak asasi manusia di negara
Bangladesh. Semenjak Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed dan parti
pimpinannya Awami League mengambil alih pemerintahan semenjak awal 2009 telah
menyebabkan ramai pihak termasuk beberapa Ngo dari Malaysia dan dari seluruh
dunia sangsi dan bimbang akan masa depan demokrasi dan hak-hak asasi sivil
rakyat Bangladesh.
Beberapa pimpinan pimpinan dan aktivis parti
pembangkang termasuk 7 pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh telah dipenjara,
dibunuh, dihilangkan dan diseksa. Sesetengah kes yang lain, aktivis Jamaati dan
sayap pelajarnya Chhatra Shibir dinafikan hak dan akses kepada pendidikan dan
peluang perkerjaan secara saksama. Sedangkan Jamaati Islami merupakan sebuah
pertubuhan parti politik dan pergerakan Islam yang sah bahkan mereka merupakan
parti politik ketiga terbesar di Bangladesh serta pernah berada dalam kabinet
memegang beberapa jawatan menteri dalam pemerintahan Perdana Menteri sebelum
ini iaitu Khaleda Zia. Dari segi sejarah, sebelum perpecahan negara Asia
Selatan iaitu India kepada Pakistan dan Bangladesh, Jamaati Islami ditubuhkan
oleh Sheikh Abul A’la al-Maududi pada 1941 semasa India di bawah penjajahan
British. Selepas 1971, Jamaati Islami wujud di ketiga-tiga negara iaitu India,
Pakistan dan Bangladesh.
Mengapa pencabulan hak asasi berlaku di sana? Apakah
motif yang menyebabkan Perdana Menteri Sheikh Hasina mengambil tindakan
terhadap pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami? Semua ini
terjawab apabila kita menelusuri sejarah Bangladesh secara ringkas semenjak
1971.
Secara ringkas, pada tahun 1971 timbul idea bahawa
Pakistan Timur mahukan pemisahan untuk membentuk sebuah negara baru yang kini
dikenali Bangladesh. Secara amnya pimpinan Jamaati Islami di Pakistan ketika
itu menentang idea pemisahan tersebut atas alasan dikhuatiri Pakistan akan
menjadi lemah dan berpecah. Pihak berkuasa Pakistan mula bertindak agresif,
menyeluruh dan ganas apabila gerakan kemerdekaan Bangladesh bertambah rancak.
Disebabkan pertembungan ini, ramai yang terbunuh termasuk ‘freedom fighter’
Pakistan yang menetap di wilayah Bangladesh. Selepas melalui peristiwa berdarah
ini, akhirnya Bangladesh mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Pada 1973,
Perdana Menteri Bangladesh pada ketika itu Sheikh Mujibur Rahman telah membuka
fail siasatan dan mengenalpasti 195 suspek penjenayah perang yang terdiri
daripada pegawai militari Pakistan. Mujibur Rahman telah menubuhkan
International Crimes Tribunal 1973 bagi mengheret penjenayah tersebut ke muka
pengadilan. Tribunal antara lain telah menyimpulkan bahawa :
“…the war criminals were not Bangladeshi. Otherwise,
the word ‘international’ would not be used..”
Walaubagaimanapun, selepas pertukaran perbincangan
diplomatik di antara Bangladesh, India dan Pakistan, Kerajaan Bangladesh telah
membuat keputusan untuk memaafkan dan melupakan peristiwa berdarah 1971 dan
memfokuskan masa depan yang lebih baik. Oleh itu pada April 1974, ke semua
tertuduh tersebut iaitu pegawai militari Pakistan dibebaskan daripada tuduhan
dan dimaafkan. Namun begitu kemudiannya Mujibur Rahman telah membuka kertas
tuduhan terhadap 752 rakyatnya yang dikatakan berkomplot untuk berkerjasama
dengan militari Pakistan. Pada 31 Disember 1975, Kerajaan Bangladesh
bagaimanapun membatalkan pertuduhan tersebut dan akhirnya kes tersebut berjaya
diselesaikan secara baik dan ditutup.
Oleh kerana dalam lembaran sejarah tercatat dan
terpahat bahawa Jamaati Islami telah menentang idea pemisahan Bangladesh, maka
isu ini telah dimainkan sebagai isu politik oleh parti pemerintah untuk
mengekalkan kuasa walaupun isu ini telah diselesaikan secara baik semenjak
1970an. Jika ditelusuri sejarah lepas, tiada pimpinan Jamaati Islami Bangladesh
yang dituduh di atas isu tersebut manakala ketika Parti Awami League pernah
ditampuk kuasa pun pada 1996-2011, isu ini tidak ditimbulkan. Persoalannya
mengapa isu ini timbul semua setelah lama ditutup. Jawapannya amat jelas jika
kita benar-benar memahami beberapa isu dan fakta perbincangan di atas. Perdana
Menteri Sheikh Hasina sengaja membuka semula isu ini dan cuba menjadikan
pembangkang berpontensi seperti Jamaati Islami sebagai mangsa mungkin
disebabkan kerana dendam lama atau permusuhan politik.
Semenjak Bangladesh tertubuh sebagai sebuah negara,
pimpinan dan ahli Jamaati Islami secara sepenuh hati menerima keputusan ini dan
menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Namun setelah 39
tahun berlalu, pada 2010 kerajaan sekular yang pro India telah menghidupkan
semula Bangladesh International war Crime Tribunal untuk mendakwa dan menghukum
pimpinan tertinggi Jamaati Islami Bangladesh. Fakta kes telah diubahusai dan
diada-adakan, orang awam telah dipaksa menjadi saksi kepada kes dan menculik
serta memberikan amaran kepada peguam bela dan saksi tertuduh.
Antara pimpinan Jamaati yang menjadi mangsa tribunal
ialah bekas Amir Jamaati iaitu Profesor Ghulam Azam yang sudah berumur 91
tahun, Amir Jamaati Maulana Matiur Rahman Nizami, dua Naib Amir iaitu Maulana
Delwar Hussain Sayedee dan Maulana Abdus Subhan, Setiausaha Agung Ali Ahsan
Mohammad Mujahid dan beberapa pimpinan Jamaati Islami yang lain. Ke semua
mereka meringkuk dalam penjara.
Sheikh Hasina juga telah menggunakan helah Bangladesh
International Crimes Tribunal untuk membicarakan pimpinan pembangkang khususnya
pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang salah seorangnya seperti yang
dinyatakan di atas telah berusia lebih 90 tahun. Mereka ini adalah pemimpin
Islam yang dihormati di seluruh dunia dan dikhuatiri diperlakukan secara tidak
berperikemanusiaan.
Pihak penguatkuasaan undang-undang Bangladesh telah
menafikan hak demokrasi yang sah yang diiktiraf oleh Perlembagaan Bangladesh
kepada pimpinan pembangkang khususnya pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh.
Pihak polis Bangladesh telah menutup pejabat Jamaati Islami Bangladesh Pusat
dan Dhaka City yang mana telah didaftarkan secara saha sebagai parti politik.
Pejabat sayap pelajar Jamaati Islami Bangladesh iaitu Islamic Chhatra Shibir
Bangladesh turut ditutup. Ahli-ahli Jamaati Islami juga telah diperlakukan
secara hina apabila mereka cuba untuk menganjurkan bantahan aman terhadap
kekejaman yang berlaku. Mereka juga ditangkap atas sebab-sebab yang tidak jelas
dan juga ada yang dibunuh.
Sheikh Hasina dan Kerajaannya juga telah melakukan
banyak serangan terhadap perkembangan Islam dan hak asasi di Bangladesh. Antara
lain telah memadamkan terma 'absolute trust and faith in the almighty Allah'
daripada Perlembagaan Bangladesh, mengganggu muslimah yang mengenakan hijab,
menggertak para pelajar Islam di universiti dan juga isu yang amat dikesali
dengan tidak membenarkan pelarian Rohingya yang lari mendapatkan perlindungan
daripada etnik Rakhine Myanmar yang membunuh mereka pada beberapa ketika untuk
masuk berteduh di sempadan Bangladesh.
Penjara Bangladesh sekarang dipenuhi oleh aktivis
Jamaati dan sayap pelajarnya Chhatra dan perkara sebegini jika ia dibiarkan
berterusan akan mencalarkan lagi ‘track record’ kemanusiaan dan hak asasi
Bangladesh seperti yang disebutkan oleh intelektual Turki Yilmaz Balcin,
““If the political power insists on this wrongful
attitude and proceeds with its intention to execute the leaders of the
Jamaat-i-Islami Party, the murders committed will be comparable to those
committed in the Karbala incident.”
Justeru itu, pihak pertubuhan masyarakat madani dan
Ngo-Ngo lain yang prihatin seperti ABIM, IKRAM, PKPIM dan beberapa parti
politik memandang serius dan berat akan isu ini dan atas nama Malaysian Task
Force for Bangladesh (MTF4B) telah menganjurkan demonstrasi aman di hadapan
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur pada 7 dan 14 Disember 2012 yang
lepas sekaligus menghantar memorandum bantahan untuk menuntut 3 perkara utama
iaitu pemansuhan Bangladesh International Crimes Tribunal yang dilihat berat sebelah
dan tidak adil; membebaskan tahanan politik khususnya pimpinan utama Jamaati
Islami Bangladesh; dan mengembalikan hak-hak asasi demokratik dan kebebasan
sivil kepada parti pembangkang khususnya Jamaati Islami Bangladesh serta
keseluruhan rakyat Bangladesh.
Sebagai insan yang mempunyai kemuliaan, pencabulan
hak asasi sebegini tidak harus dibiarkan berterusan dan harus diperjuangkan
secara konsisten agar keadilan dan keamanan tertegak di setiap inci bumi Allah
ini.

No comments:
Post a Comment