KEPIMPINAN !!!
by : Ummi Qiyaadah Najihah ( student SMKAJB 2011 l UTP 2012-2013 )
Bagi menunaikan hak adik2 y bertanya, jadi ana akan menjawab soalan2 y dilontarkan wlupun pengetahuan ana agak cetek soal kepimpinan.
"la islam illa bil jamaah, la jamaah illa bil qiyaadah, la qiyaadah illa bit to'ah"
Pepatah arab di atas bermaksud : tiada Islam tanpa jemaah (kumpulan), tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan".
Jelas disini kepimpinan memerlukan ketaatan kepada pemimpin drp ahli2 nya. Dan ketaatan ini akan lahir daripada kesatuan hati dan fikiran drp semua ahli. Allah menyeru umat islam supaya tlg-menolong antara satu sama lain berdasarkan dalil :
"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) ketaatan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran" (al-maidah :2)
Wala' :: ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin selagimana ia tidak menyimpang daripada al-quran dan sunnah. Ketaatan ini lahir kerana rasa kasih dan sayang, percaya dan hormat kepada pemimpin. Ikatan ukhuwah kerana persamaan aqidah tidak akan terputus kerana ia dilakukan semata2 kerana Allah swt. Dalam soal ketaatan ini penting untuk tidak melibatkan soal peribadi seperti rasa tidak puas hati, dendam , benci dan sebagainya kerana amat dibenci Allah swt org y tidak taat kepada pemimpinnya. Fikirkan mengapa diri dipilih Allah sebagai pemimpin, bukan kerana kebolehan diri, tetapi kerana rahmat Allah utk menghapuskan dosa2 lalu diatas kerja buat kita pd msa akn dtg. Wala' juga termasuk menerima arahan tanpa mempersoalkan mengapa arahan tersebut kerana percaya bhwa pemimpin itu lebih tahu sebab tindakan tersebut sedang kita tak tahu apa2.
"ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah" (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam surah an-nisaa' ayat 59 , Allah menyebut tentang perihal kepimpinan :
"Hai orang2 yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri (pemimpin) di kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu benar2 beriman kpd Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
Perselisihan pendapat mesti diselesaikan dengan perbincangan yang baik dan tidak menimbulkan perbalahan (hingga putus silaturrahim, nauzubillahiminzalik). Sudah tiba masa utk adik2 bertindak matang, rasional dan tidak mengikut emosi dan hawa nafsu semata.
"Dengar dan taat adalah WAJIB bagi setiap muslim dalam perkara y beliau suka atau benci. Apabila diperintahkan melakukan maksiat maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat" ( Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Terlalu banyak dalil naqli bersumber dari alquran dan sunnah yang membicarakan tentang kepimpinan bermakna ia juga sebahagian dari ibadah kita kepada Allah swt dalam bentuk amal islami. Ana tekankan tentang perihal ketaatan kerana apabila ia tidak berlaku maka maksiat dan fitnah akan menggantikan tempatnya.



No comments:
Post a Comment