SANG HAWA : by RABIATUL ADAWIYAH (SMKAJB)
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta,
daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi
Bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja
Bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya
Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu
Kau umpama kau sekuntum bunga yang harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk menghampirimu
Adakah semudah itu kau menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah keindahan bunga mawar yang unggul dipagari duri
Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warnanya yang memancar indah
Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa
Sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga
Hinggakan ia berfikitr berkali-kali sebelum mendekatimu
Akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi pelemah keimanan insan yang bernama lelaki
Seandainya pakaina malu kau tingglkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri
Sesungguhnya utusan Allah (Muhammad SAW) ada menyatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada fitnah yang lebih besar wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita! "
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?
Alangkah indahnya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat si dia yang terpilih, yang telah dijanjikan Allah buatmu
Indahnya hidup ini andai melayarinya bernaungkan keredhaan Allah
Bertunjang ilmu dan kebenaran
Bersulam akhlak penuh menawan
Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bergelar adam